FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Tuesday, 10 July 2012

Rahsia Warna Gincu Wanita

Pemilihan warna gincu adalah bergantung kepada citarasa setiap individu. Di sebalik pilihan warna gincu itu terdapat rahsia sikap dan peribadi diri individu tersebut. Dikatakan hanya orang yang berani dan berkeyakinan tinggi selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa gincu merah menaikkan seri wajah si pemakai. 

Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti merah jambu, perang dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai pelembab bibir sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. 

Pelembab Bibir Tanpa Warna 

Biasanya ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan semulajadi kerana ia tidak mengandungi sebarang warna. Mungkin juga golongan ini hanya memilih pelembab bibir atau gincu yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan gaya ringkas yang tersendiri. Personaliti si pemakainya cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang selesa, aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang menenangkan dirinya.


Gincu Warna Merah Jambu Berkilat 

Warna ini menaikkan pesona dan kesan seksi kepada si pemakainya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.


Gincu Warna Coklat 

Warna coklat menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.


Gincu Warna Ungu 


Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang ada stail tesendiri dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!


Gincu Warna Jingga

Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjayapelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.


Gincu Warna Merah 

Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini