FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Saturday 21 February 2015

Cara Mahu Kenal Lelaki Playboy





Assalamualaikum and Hi my beloved readers ^^

Pada kali ini Thira nak kongsikan tentang lelaki-lelaki BUAYA DARAT,haaa..

Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Hmm sesetengah itu mesti pernah dan sesetengah juga mesti tidak pernah kan.So,tidak mengapalah bagi sudah pernah please dont forget to comment ye kot-kot apa yang Thira kongsi ni betul ke...heee ^^

Actually kan,Thira pun pernah terkena juga benda-benda macam ni,tapi yelah Thira hanya menganggap ini sebagai ujian hidup so Thira redha kan sahaja lah kan.Yang lepas biarkan ia lepas berlalu.Ok? ^^

Berikut dipaparkan beberapa tanda perilaku seorang lelaki yang suka bermain perempuan atau lelaki Playboy.
TETAPI tidak semestinya jika anda dapati salah satu tanda pada teman anda bermakna dia adalah kaki perempuanTetapi ini hanyalah beberapa tanda yang boleh dibuat pedoman. 

Semoga tidak disalah-gunakan dan semoga anda tidak tertipu dengan lelaki-lelaki sedemikian.


1. Menghubungi anda setelah pukul 11 dan 12 malam

Ada 24 jam setiap harinya, jika seorang lelaki menyukai anda, dia akan memilih waktu yang tepat untuk menanyakan khabar anda. Setelah pukul 11 dan 12 malam merupakan waktu lelaki yang hanya mahu berseronok. Jika dia menelefon hanya pada jam-jam tersebut bererti dia tidak ingin serius dengan anda, dia hanya sedang cuba menggoda anda di waktu lapangnya.Hmm,bayangkan mereka hanya perlukan anda diwaktu lapang sahaja..tak patut..tak patut..Tetapi tak semestinya tau, sebab kadang kala mungkin itu sahaja waktu dia free.

2. Memiliki ramai teman wanita

Berhati-hatilah apabila lelaki memiliki ramai teman wanita dibanding teman lelaki. Tipikal lelaki playboy dapat mendekati beberapa wanita dalam satu masa. Jadi jika si dia sering menerima telefon dari wanita, anda harus lebih berhati-hati padanya.Tetapi,ini tidak semestinya tau yang dia sedang permainkan anda.Sebab ,jika  lelaki itu masih menunjukkan commitment dia dengan anda,itu menunjukkan yang sebenarnya perempuan-perempuan itu lah yang suka mendampingi dia tetapi dia tak layan pun.^^

3. Pintar menyusun kata

Mengapa wanita sulit untuk menolak jeratan si playboy? Kerana dia pandai berbicara dan merayu. Dia tahu apa yang harus dibicarakan ketika anda sedang marah, kesal atau sedih. Dia pun akan membuat anda merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan dia lelaki yang baik. Pada saat ini, sesungguhnya dia sedang menipu anda dan mengawal emosi anda.

Dalam banyak-banyak perkara,benda inilah yang paling susah nak detect sebab kita sebagai perempuan memang senang tertipu,Senang cakaplah ye,jika benar lelaki itu sayangkan anda dan ingin sehidup semati dengan anda itu,dia akan buat setiap perkara yang telah dia janjikan dengan telus.Jika dia suka puji anda,maka sampai matilah dia anda selau puji anda sebab anda tetap anda dimata dia.

Sebenarnyakan paling senang nak detect lelaki mulut manis kan adalah melalui laman sosial sebab dia tak kenal kita lagi,so dia akan mulakan operasi ngorat dia denagn memuji-muji..haa....so beware lah ye.

Tapi  jika anda rasa anda memang cantik pada hari itu dan orang lain pun kata anda cantik hari itu,dan apabila si dia juga berkata begitu,jangan pula anda kata dia penipu mulut manis hahaha sebab mungkin apa dia kata itu ikhlas dan jujur.


4. Berbicara banyak tentang fizikal anda

Wanita mana yang tidak suka menerima pujian. Namun jika dia lebih banyak memuji bahagian tubuh anda, maka berhati-hatilah. Dia menginginkan hubungan yang lebih dan sedang cuba mempermainkan anda.

5. Bersikap berbeza di depan teman-teman lelakinya

Ketika berada di depan teman-temannya, lelaki jenis 'player' ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada wanitanya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah ungkapan sayangnya, tapi sekadar ingin menunjukkan kepada teman-teman lelakinya 'ini mangsa baruku'.

6. Sangat percaya diri

Si player memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi. Bagaimana tidak, dia merasa dapat menakluki gadis-gadis yang diinginkan. Lebih dari itu, mereka dapat menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam satu waktu. Itulah yang membuat playboy semakin percaya diri.

Bukan percaya diri,lebih kepada perasan rasanya.hahaha

7. Tidak tertarik dengan hidup anda

Ketika dia bertanya tentang hari-hari anda, belum tentu dia benar-benar mempedulikannya. Mereka membuat seolah peduli, pada kenyataannya tidak. Mereka melakukan ini semua untuk mendapatkan sesuatu. Ketika seorang wanita telah mempercayainya, maka dengan mudah dia akan mendapatkan keinginannya.

8. Menghindari pergi bersama anda

Tentu si player ingin bermain lancar dengan para wanitanya. Sehingga dia memilih menghindari pergi keluar bersama anda. Tapi ada juga jenis player yang sangat licik. Boleh jadi, sebelum pergi bersama anda, dia akan meminta izin daripada wanita lainnya kalau dia akan pergi bersama sepupu atau adik perempuannya. Taktik ini dilakukannya untuk membuatnya lebih selamat untuk bertemu dengan seseorang.

9 - Jarang atau tidak mahu berkongsi kisah cintanya

Sangat jarang untuk seorang playboy berkongsi cerita beliau, terutama kepada 'mangsa' itu. Jika dia berkongsi tentang kisah cintanya pun, dia pasti mempunyai maksud tersembunyi di sebalik tindakan beliau. Mungkin untuk mencari simpati dan bermain dengan perasaan wanita.Eleh, kadang-kadang mereka ini memang jenis yang banyak masalah dengan cinta sebenarya.

10.Banyak beri alasan

Alasan dia memang berjela-jela tak leh itu la,tak leh ini la.Memang alasan lah.Poyo semua tu!

11. Banyak suruh anda dahulukan

Hmmm..harap anda fahamlah dahulukan dari segi apa.


Kesimpulanya,sebagai kaum wanita kita sama-samalah berhati-hati, ok? sebab saya tahu perasaan kena permainkan itu memang sakittttttttt sangat.kan kan kan.Harap-harap lah hukum karma itu memang wujud hahahaha *gelak evil punya style.



Thursday 19 February 2015

Apa Wanita Sering Fikirkan?





Semua orang mengaku pandai bercinta, pandai berkasih, pandai memainkan kata-kata syahdu. Dan ramai  kita lihat yang couple, berkasih dan bercinta. Ramai juga yang dapatkan rasa kasih sayangnya. Malah  ramai jugalah girls yang akui amat menyayangi kekasihnya.
NAMUN at the end, masih ramai lagi wanita yang dikecewakan. Masih ramai lagi yang pelik dengan perubahan pasangan lelakinya dan hairan dengan cara orang yang disayangi sepenuh hatinya itu sudah  tidak melayan mesra, sudah tidak hiraukannya dan tidak memberi kasih dan sayang secukupnya.
.

10 perkara asas yang agak penting ini adalah untuk ‘MEMAHAMI HATI WANITA’
1. - Apabila wanita berkata, “TAK APA, TAK ADA APA-APA MASALAH” – Jangan terus buat tak tahu, seolah- olah memang betul tak ada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya  mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah  berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.
2. - Apabila wanita TERSENYUM SINIS setelah anda lakukan kesalahan - Anda ingat dia tak tahu? Anda ingat anda sudah terlepas? Hehe… Yes, dia tahu anda menipu! Cuma dia tak mahu bergaduh, tak mahu  menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya, dia amat kecewa dengan sikap anda yang  tidak setia, dan tidak jujur.
3. - Apabila wanita menatap wajah anda bagai SERIBU PERSOALAN - Dia sedang berfikir samada anda akan  terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti. Persoalannya, adakah anda  benar-benar cinta atau ‘sekadar melepas lelah dan batuk ditangga?’
4. - Apabila wanita BERDIAM DIRI - bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah  untuk kebaikan masa depan. Jangan marah, jangan usik mereka di ketika ini sebaliknya berikan masa  itu untuk mereka cool down.
5. - Jika wanita TIDAK MELAWAN - Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju  dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan  mengikut segala keputusan yang dibuat.
6. - Apabila wanita HUBUNGI ANDA SETIAP HARI - Tak faham-faham? Dia tengah giler kat you all la tu. Wanita tidak akan calls any guy just for nothing. Dia call sebab dia berminat, dia suka, dia nak kat you la kan. JADI, kalau anda juga berminat, okay layanlah. Tapi kalau tak berminat, jangan pula layan dan beri harapan palsu!
7. - Soalan lazim, “You ni single lagi ke? You bila nak kahwin? Girlfriend you mana?” - Hehehe…samada dia saja-saja nak tahu status you atau pun, dia sebenarnya ada sikit-sikit berminat untuk mengenali you dengan lebih lanjut. Sembunyikan status you is not a good idea here, ia akan buat girl tu menyimpan harapan. Soalan-soalan sebegini,is obviously the girl nak tahu, samada it’s green or red light to pursue! Faham ke buat-buat tak faham ni? :D
8. - Apabila wanita mulai berkata, “I MISS YOU” - WO! It’s too late to back off, itu bermakna dia amat menyayangi anda. Kalau betul-betul anda sayangkan dia, maknanya anda bertuahlah kerana girls takkan  simply miss any guy. Tapi jika anda hanya anggap dia sebagai kawan biasa. IT’s a good time for you to explain to her…keadaan, perasaan dan hati anda yang sebenar.
9. - Apabila wanita kata, “TAK TAHU SEBAB APA, I RASA MACAM I TAK BOLEHLAH KALAU TAK JUMPA YOU SATU  HARI PUN, RASA MACAM TAK KENA HIDUP INI” - Itu bermakna, dia sedang dilamun cinta yang amat dalam  kepada anda. At this time, this girl hanya fikirkan you. Siang malam very sure, hanya you sahaja  yang diingatinya. So…it’s not a good time untuk hancurkan hatinya di saat ini though…
10. - Apabila wanita MARAHKAN SESUATU YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA - Hehehe…sebenarnya  dia tengah cemburu tu. Mungkin anda ada bercakap dengan wanita lain, atau ada girl lain yang call  you ke, text you, PM kut, or dia baru selongkar your handphone la tu hehe… or ada kena mengena dengan other girls la kan. TAPI dia tak mahu la cakap, sendiri mau ingat  la kan. BUT be cool, relax, janganlah marah. Dan biarkan saja dia lepaskan geramnya.  Later pujuklaa… kalau betul-betul sayangkan dia, promise to her, takkan buat lagi.
** Ini hanya secubit je ni… ada banyak lagi yang perlu anda fahami, banyak lagi yang tertulis di sini. ;)
Being with a woman ni, kita kena ingat satu perkara… BAGI MEREKA, segala-galanya REAL! Jadi apa sahaja jawapan yang anda pilih untuk berikan, untuk anda jawab, kesemuanya akan dianggap sebagai  sesuatu yang REAL atau SERIOUS bagi wanita itu. Where as for guys, sometimes it’s just a joke, atau saja-saja main-main or test power…
  • For example, apabila wanita tanya, “You suka I? You miss I tak?”
So, apa you jawab? -
  • “Ya I do, I suka you!” – “Ya, I misses you a lot” -
Tapi sebenarnya, you all dah ada bini, or dah ada girlfriend pun. Tapi saja-saja suka-suka beri jawapan sebegitu for fun. It’s thrilling isnt it… BUT for girls, it’s a real thing man! At the end, lelaki dah terjebak, or lelaki dah terlanjur manis mulut… akhirnya tersangkut bercinta…sedangkan anda sudah pun miliki yang lain. Jadi, my advise…JANGAN sesekali memberi jawapan dengan mudah-mudah hanya  sekadar untuk menjaga hati wanita atau, suka-suka nak test power. It’ll bite you in the ass later.

sumber :razzirahman.com

You tossed it in the trash, you did.








Jangan beri harapan,
Jika tidak sudi.
Jangan beri harapan,
Jika tidak tunaikan.

Jangan sentuh hati ini,
Jika mahu permainkan.
Jangan sentuh hati ini,
Jika ingin lukakan.

Aku terseksa,
Tidak kau peduli.
Aku lakukan segalanya,
Tidak kau puji.

Hanya kau lihat,
Kekurangan aku.
Hanya lihat,
Kelemahan aku.

Tidak kau mahu persalahkan diri mu,
Tidak kau mahu persalahkan sikapmu.
Kau hanya persalahkan sikap keperempuanan aku ini.

Tidak perlu kau uji kesetiaan aku,
Tidak perlu kau uji sikap cemburuku,
Kerana kau sendiri tahu yang aku memilihmu.

Kau buat ku tewas pada akhirnya,
Ya,Memang aku tidak sempurna.
Ya,Memang aku tidak secantik yang kau harapkan.
Kau buat aku berubah untuk kesenangan matamu.

Jika kau mahu tinggal kan aku.
Tinggallah secara baik.
Tidak perlu bermain tarik tali,
Tidak perlu bermain dengan hati,
Ianya menyeksakan.