Perkara ini sebenarnya sering berlaku pada diri seorang remaja wanita yang baru ingin mengenal dunia fesyen dan solekan.. Maka, dengan itu saya ingin berkongsikan beberapa tips mudah untuk berfesyen kepada anda supaya dapat mengembalikan keyakinan diri anda dalam berfesyen.
Rujukan Fesyen Yang Boleh Anda Gunakan :
Beg
Secara umum,ada 5 jenis bentuk badan:
1.Jenis Pear :Selalunya mereka akan besar bahagian punggung,dan kecil dibahagian dada.
Sebagai contoh :Siti Nurhaliza
2.Jenis Apple :Mereka akan kurus dibahagian punggung ke bawah,namun mengalami masalah
bahagian atas dari perut ke dada.
Nampak kurang stabil,kaki kecil,dada besar.
3.Jenis Hour Glass :Jenis bentuk badan ini sempurna.sebab nampak sama bahagian atas dan bawah.serta pinggang kelihatan ramping..:)
Memang menjadi idaman wanita bentuk badan macam ini.
Sebagai contoh :Anita Sarawak
4.Jenis Petite :Selalunya orang kurus memiliki bentuk badan macam ini..Dia boleh tergolong dari kategori diatas juga jika telah berisi nanti..
5.Jenis Slim Athelic :Kalau wanita yang aktif bersukan.selalunya ukuran dada,pinggang dan pinggul sama je tak banyak beza.
Ujian Bentuk Badan :
-Kalau nak tahu bentuk badan sendiri,berdiri depan cermin dengan memakai baju ketat mengikut tubuh,kemudian ambil gambar.
Tunjukkan kepada rakan yang sangat dipercayai untuk membantu mengenali bentuk badan sendiri.
Handbag yang sesuai :
Ok sudah selesai ujian tadi,mari tengok handbag yang sesuai untuk anda :
Bagi handbag ini sangat sesuai oleh bentuk badan jenis petite..Sebab ianya kecil dan tidak terlalu besar.
Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan Hour Glass kerana warna keemasan serta bentuk handbag itu sendiri menampakkan keseimbangan.
Ini adalah warna dan bentuk selamat kepada semua jenis bentuk badan.
Ini sesuai bentuk badan Slim Athelic dan Appetite.
Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan jenis Apple.Bentuknya besar bahagian bawah boleh mengubah
perhatian orang dari bentuk badan seseorang ke arah beg :)
Warna coklat juga adalah warna selamat,namun design ini sesuai untuk jenis bentuk badan Pear.
Sebab talinya pendek dan bila kita bawa ke bahu dekat dengan dada.
So boleh menampakkan keseimbangan bahagian atas dan bawah badan.
Beg ini juga sesuai untuk semua..sebab ianya bertali panjang.Boleh ubah mengikut ketinggian seseorang
Paling praktikat untuk bentuk badan pear sebab ianya berbentuk angular shapes.(bersegi).untuk
mengimbangkan bentuk badan kita yang berisi dibahagian bawah.
Tapi bagi pemilik bentuk badan pear,
Dinasihatkan membeli beg yang berbentuk bersegi.
Jangan bulat atau rounded shape.
Sebab membuatkan anda lagi berisi.
Ini talinya panjang sedikit,maka sesuai untuk bentuk badan apple.
Kerana dapat mengelak badan nampak terlalu penuh di bahagian atas,
maka dengan tali yang panjang sedikit dapat menutupi kekurangan bahagian atas lagi besar dari yang bawah.
Clutch berbentuk segi sesuai untuk bentuk badan pear,hour glass,apple.
Berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk bentuk badan appetite dan juga slim athelic.
Tudung
Tips memilih tudung :
1: Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa (bawal).
2: Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
3: Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
4: Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
5: Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
6: Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
7: Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
8: Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
9: Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang. Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
11: Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.
Pakaian
Tubuh Buah Pir
Anda yang memiliki tubuh berbentuk buah pir memiliki bokong dan pinggul yang lebar, sedangkan bahu Anda kecil. Untuk mengimbangi bentuk tubuh Anda ini, gunakan dress atau rok A-line yang dapat menyamarkan pinggul lebar Anda. Pilihan rok berwarna gelap juga bisa menjadi pilihan untuk memperjelas siluet Anda.
Hindari mengenakan atasan yang terlalu ketat karena akan semakin memperjelas proporsi tubuh Anda bagian atas yang kecil. Lupakan juga baggy pants atau rok yang berpotogan di pinggul karena akan semakin ‘memperlebar’ tampilan pinggang Anda.
Tubuh Buah Apel
Tubuh berbentuk apel memiliki tubuh bagian atas lebih besar dibandingkan pinggang. Untuk menyiasati bentuk tubuh ini, Anda bisa mengenakan pakaian berkerah V yang membuat ilusi leher terlihat lebih jenjang. Pakaian bermotif juga dapat menyamarkan dan merampingkan siluet tubuh Anda.
Bagi pemilik bentuk tubuh ini, sebaiknya hindari atasan turtle neck yang membuat bagian dada Anda terlihat pendek dan penuh. Hindari warna cerah sebagai bawahan untuk menghindari efek tubuh terlihat lebih besar.
Tubuh Mini
Tidak sedikit wanita Asia, terutama, memiliki tubuh yang mungil. Untuk tubuh jenis ini, detail pada pakaian, seperti kerut atau ruffles, dapat membantu menyamarkan tubuh mungil Anda. Untuk tampilan kasual, pilih bahan yang flowy dan warna cerah agar memberikan kesan penuh pada tubuh. Selain itu, bersahabatlah dengan skinny belt dan heels.
Sebaiknya, hindari palet warna gelap yang akan membuat Anda terlihat semakin mungil. Maxi dress, wide leg pantas, juga sebaiknya dihindari karena membuat Anda terlihat ‘tenggelam’ dalam pakaian.
Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.
Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.
Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.
Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.
Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.
Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
- Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
- Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
- Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
- Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
- Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
- Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:
1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
tips berguna sangat! :)
ReplyDeleteThanks Nisa :)
DeleteTips yang sangat berguna! bagi yang takut berfesyen, kena banyak buat research ttentang fesyen dulu, then belajar sikit-sikit. Jangan terlalu obses sampai menjadi mangsa fesyen pula :)
ReplyDeletethanks siti sarizah
DeleteSaya seorang yg brbntuk badan pear...hari2 yang saya lalui sngat mmbosankan kerana penggunaan pakain yang boleh menampakkan pinggul saya..selalunya saya mengenakan bju t-shirt dengan seluar jean lelaki..adakah penampilan saya agak mundur??
ReplyDeletemaaf krana lambt bca komen saudari,of course u r not dear,tidak mundur sma skali .banggalah dengan style anda.bagi sy tak da masalah kerana style itu mrupakan diri anda.ttpi jika saudari inginkn kelainan saudari boleh mncuba untuk mmakai skirt labuh. ^^ sbb dngn skirt kmbng org lain tidak prasan sngt bentuk tubuh kita.
Deleteterima kasih ya Adelle,ya insyaallah saya akan kongsikan juga,
ReplyDeleteoya kaos itu stokins ya.jikalau stokins itu sya lbih suka mengenakan yang plain berwarna hitam atau juga berwarna nude.tetapi jika ada kesempatan nanti sya akan cuba mencari tentang fesyen kaos kaki muslimah yang terkini dan kongsikan kepada kamu .btw terima kasih ya kerna membaca blog sya.^^ salam pengenalan dari saya ^^
thanks ya, isi artikelnya keren.
ReplyDeletebisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki wanita lucu berkualitas dan banyak pilihannya..
Trims :)