FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Sunday, 23 September 2012

Cinta Dalam Diam


"Aku suka dia  apabila aku terlihat dia bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku dan itu membuktikan bahawa dia seorang yang menghormati orang tua.  

Aku suka dia kerana dia seorang yang penyayang,itu dapat dibuktikan dengan cara dia melayan karenah adik-adiknya.

Aku suka dia kerana sifat rendah dirinya dan ini juga dapat dibuktikan dari cara dia bercakap dan berpakaian walaupun dia seorang anak yang berada. 

Aku suka dia kerana aku tahu dia boleh membimbing aku dalam perihal agama dan itu dapat dibuktikan dari tingkah lakunya.

Aku juga suka dia kerana dia sering membuat aku tersenyum apabila melihatnya ,  dan dia benar-benar membuatkan hari ku yang suram menjadi indah dan itu dapat membuktikan bahawa dia seorang yang pemurah.

Tetapi ,sehingga kini aku hanya mampu melihat dia dari jauh dan diam seribu bahasa.Hanya hati yang mengambarkan segalanya iaitu bertapa sukarnya untuk aku melepaskan dia."

Cinta dalam diam ini sememangnya amat menyukarkan kita untuk mengenali seseorang atau si dia  itu dengan lebih dekat.Tetapi ,hari ini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk anda supaya ia boleh membantu anda untuk mengenali si dia.

1.Peka
Anda perlulah menjadi seorang yang peka apabila  si dia berada berhampiran dengan anda.Contoh,jika si dia sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya,curi-curilah mendengar apa yang mereka bualkan sambil berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku supaya anda dapat tahu serba sedikit tentang si dia.

2.Cuba Meneka Nama Si dia
Jika anda ingin tahu nama si dia ,anda kenalah pandai mencarinya.Tetapi,biarlah nama penuhnya yang anda dapat tahu,supaya dapat memudahkan lagi anda untuk mengenali si dia.

3.Facebook
Memandangkan zaman kita ini semakin moden,jadi mudahlah untuk kita berhubung dengan orang yang jauh dan menambah kenalan baru.Maka,apabila anda sudah mengetahui nama si dia ,cepat-cepatlah  cari account fbnya.Dan cuba add fbnya dan rakan-rakan serta keluarganya supaya anda dapat mengetahui hobi ,minat,status dirinya,tempat tinggal ,wanita idamannya dan kepribadiannya.Jika si dia tidak approve ,saya cadangkan agar anda membuat account fb yang lain dan add si dia semula tapi pastikan anda menggunakan nama yang lain.

4.Seach Google
Yang ini anda perlu buat kerana manalah tahu jika si dia yang anda minati itu mempunyai blog....hmm...senanglah untuk anda mengenali si dia dengan lebih dekat.Apabila sudah dapat mencari blognya,anda bukan sahaja dapat mengetahui tentang keluarga dan sahabatnya,malah,jika anda bernasib baik keputusan SPMnya juga anda akan dapat tahu.

5.Cuba Mendekati Diri Si Dia
Jika anda tidak cuba mendekati diri si dia,bagaimanalah si dia akan tahu bahawa selama ini anda menyintainya dalam diam,tetapi jangan terlalu melulu menyatakan hasrat anda.Cuba menjadi kenalannya terlebih dahulu.

Antara perkara yang boleh anda menjadikan ia sebagai alasan untuk mendekati si dia adalah  :
  • Pelajaran - bantulah si dia dalam pelajaran,mungkin si dia akan cepat tertarik dengan anda.
  • Minat - jika anda sudah tahu apa minat si dia dan minatnya pula adalah sama seperti anda maka mudahlah untuk anda mendekati si dia dan jika minatnya tidak sama seperti anda ,maka terpaksalah anda  berusaha untuk meminatinya.
Sebagai seorang manusia,jika kita berkehendakkan sesuatu maka kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Tetapi ingat,jika setelah beberapa kali anda mencuba mendapatkannya,tetapi tidak juga berhasil,janganlah anda berputus asa dan kecewa kerana mungkin itu bukanlah yang terbaik, dan sebenarnya ada lagi  yang terbaik yang  telah Allah aturkan untuk kehidupan anda.

Sama juga seperti jodoh,jika Allah tidak mengizinkan sesuatu hubungan itu,bukan bermaksud Allah tidak menyayangi hamba-Nya,tetapi disebabkan Allah amat menyayangi hamba-Nya lah  Allah telah takdirkan untuk anda berpisah dengan si dia kerana  Allah telah menyediakan jodoh yang lebih baik dari si dia untuk anda sejak azali lagi.




















0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini