Musim cuti persekolahan 1997 bermula lagi .Sebagai guru,saya dan isteri,Shamsiah mengunjungi rakan lama kami Jamaluddin yang menetap di Muar.Kami mengenali Jamaluddin semasa sama-sama menuntut di maktab dahulu.Secara kebetulan ,isteri Jamaluddin juga bekerja sebagai guru yang dia kenali semasa berkhidmat di sebuah sekolah disana.
Selain Jamaluddin ,seorang lagi rakan kami,Khairuddin juga mengajar di salah sebuah sekolah di Muar.Khairuddin menyewa di sebuah rumah kampung ,tetapi cuma enam kilometer saja jaraknya dari rumah Jamaluddin.Khairuddin masih bujang dan baru menetap di situ seminggu sebelum itu.Memang menyeronokan apabila dapat keluar dari suasana hiruk-pikuk dan pencemaran di Kuala Lumpur.Fikiran terasa lapang dan dunia terasa nyaman.Hilang segala kerungsingan dan tekanan.
Dua hari pertama disan ,kami dibawa oleh Jamaluddin dan Khairuddin disekitar Muar dan Batu Pahat.Menikmati mee bandung yang berkuah pekat di tebing kual Sungai Muar adalah pengalaman yang cukup menarik.Belum pernah saya merasa mee bandung yang sedemikian lazat.
Khamis ,hari ketiga kami berada disana.Malam itu kami bercadang untuk menikmati mee bandung di sebuah gerai di tebing Sungai Muar.Lalu kami menelefon Khairuddin agar menyertai kami.
Tentu seronok apabila makan beramai-ramai.Tambahan pula Khairuddin bolehlah dianggap pelawak.Kalau bersama-sama dengannya.pasti tidak kering gusi dibuatnya.Ada-ada sahaja bahan lawaknya.Begitu juga dengan Jamaluddin.
"Okey,aku tunggu.Cepatlah sikit.Tolonglah aku monyet,sudah empat hari aku tidak makan,"kata Khairuddin membuatkan saya ketawa bwsar.Masih dia ingat lagi skrip sebuah kartun yang disiarkan di TV lebih 15 tahun lalu.
"Hang ingat aku monyet ke.Aku kasi hang makan cili masak karang baru padan muka,"jawap saya bergurau.
"Janganlah marah,monyet,"jawapnya membuatkan saya tidak dapat menahan gelak.
Lalu kami menyiapkan pakaian anak,Tasha namanya,sementara Jamaluddin dan isterinya pula menyiapkan pakaian anak sulung mereka Fariz dan adiknya Faizal.
Pukul 8.45,kami menaiki kereta menuju ke rumah Khairuddin.Sepuluh minit kemudian, kami sampai ke rumah sewanya.Jamaluddin tidak memasukkan kereta ke halaman rumah Khairuddin,sebaliknya hanya di tepi pintu pagar dan membunyikan hon sahaja .
"Sekejap,sekejap! Tengah mekap ni!" terdengar suara Khairuddin menjawap dari dalam.
Sambil menunggu Khairuddin di tempat duduk belakang ,saya melihat-lihat rumah Khairuddin yang agak ringkas ,tetapi kemas.Tiba-tiba saya terpandang seorang wanita tua sedang duduk diatas kerusi di ruang tamu.
Wanita itu memakai baju kurung berwarna coklat kekuningan dan berkain batik merah.Rambutnya bersanggul dan bertubuh kurus.Bagaimanapun,saya cuma dapat memandang sisi mukanya sahaja kerana wanita tersebut tidak memandang kearah kami.
"Khairudin ni ,emak di datang pun tak nak beritahu kita.Dahlah tu,nak tinggalkan emak dia sorang-sorang di rumah,"kata saya sambil mengalih pandangan ke arah Jamaluddin yang duduk di tempat duduk hadapan."Emak dia? Mana kau tau emak dia datang sini?"Jamaluddin bertanya kembali.
"Habis orang tua tu siapa" Bukan emak dia?"tanya saya."Mana?" balas Jamaluddin.
"Tu ? Yang tengah...." kata saya sambil menuding jari ke arah ruang tamu rumah Khairuddin.Tapi kata-kata saya itu terhenti kerana wanita berkenaan telah ghaib."Eh ...mana pula orang tua tu pergi."
"Mana ada orang tua duduk situ," kata Jamaluddin."Ada.Aku nampak tadi,dia duduk atas kerusi tu," saya berkeras sambil menunjuk kearah kerusi yang dimaksudkan.
"Mi...mata aku ni takl rabun lagi tau.Dari tadi aku tengok ,memang tak ada seorang pun di situ,"balas Jamaluddin.
Walaupun dengan jelas saya dapat melihat wanita tua berkenaan ,tapi saya kalah dalam "perdebatan" tersebut kerana isteri saya dan isteri Jamaluddin juga tidak melihat wanita tua berkenaan.Perbualan kami terhenti disitu apabila Khairuddin muncul di muka pintu..
Tapi saya masih belum puas hati.Lalu apabila dia mengambil tempat di tempat duduk hadapan.,saya bertanya kepada Khairuddin tentang wanita tua yang saya lihat sebentar tadi kern aggapan saya,mungkin wanita itu cuma duduk sekejap sahaja dan terus berjalan ke dapur atau masuk ke dalam bilik.Saya harap akan dapat menebus kembali kekalahan tadi.
"Perempuan tua? Mana ada ? Aku duduk bujanglah.Baru seminggu duduk sini.Kawan serumah pun belum dapat lagi ," kata Khairuddin panjang lebar.Saya menyerah kalah.Kami pulang lebih kurang pukul 11.15 malam dan menghantar Khaiuddin ke rumahnya.
Pagi Ahad,sebelum kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula,Khairuddin datang kerumah Jamaluddin.Entah mengapa,tiba-tiba di bertanya kepada saya tentang wanita yang saya lihat di ruang tamu rumahnya dahulu.Saya terasa pelik kerana sebelum ini dia menafikan ada sesiapa di rumahnya pada malam itu ,kecuali dia seorang.
"Kenapa?" saya bertanya.
"Rupa dia macam mana ?" Khairuddin menyoal.Kali ini wajahnya agak serius.
"Muka dia aku tak nampak sangat ,sebab dia pandang ke arah lain.Nampak sebelah saja.Rambut dia bersanggul,umur dalam lingkungan 60-an,badan kurus," jawap saya lalu menceritakan lebih mendalam tentang wanita berkenaan.
Lama Khairuddin termenung.Sambil menyandarkan badannya di sofa.Khairuddin berkata,seorang lagi kawannya juga bertanya perkara yang sama kepadanya.
"Malam selepas kita keluar makan hari itu,aku dan kawan aku pergi makan di gerai.Naik kereta dia.Balik tu dia hantar aku kerumah.Tapi bila sampai di tepi jalan depan rumah aku,dia bertanya,"Bila emak kau sampai?".Aku jawab,"Emak aku di kampung,bukan di sini."Lalu dia bertanya balik,"Jadi siapa perempuan tua yang duduk di kerusi ruang tamu aku?"
"Aku terkejut.Tapi bila kami memandang ke ruang tamu ,kami melihat tiada sesiapa di situ.Serta-merta aku teringat apa yang kau cakap dulu,"
Khairuddin memberitahu kami,disebabkan pelik dengan kejadian tersebut,pagi keesokannya dia bertanya kepada jiran-jiran tentang latar belakang rumah yang disewanya itu.
Daripada jiran-jirannya itu,Khairuddin dimaklumkan bahawa boleh dikatakan hampir semua orang yang pernah menyewa rumah berkenaan telah melihat wanita tua itu.Dari cerita penyewa-penyewa itu, mereka yakin itulah Mak Long Jah yang meninggal 10 tahun lalu.
Semasa hidupnya ,kata jiran-jiran Khairuddin,Mak Long Jah cuma tinggal berdua dengan anak lelakinya yang berusia awal 20-an.Hidup mereka amat susah kerana suaminya telah lama meninggalkannya,iaitu ketika anaknya berusia lima tahun.
Sejak itu suami Mak Long Jah menhilangkan diri dan khabar terakhir yang didengar,lelaki itu berkahwin dengan wanita muda dan menetap di Melaka.Kehidupan Mak Long Jah dan anak lelakinya lansung tidak diendahkan lagi.
Dengan tenaga tuanya itulah Mak Long Jah bekerja untuk menyara hidup dan menyekolahkan anaknya.Boleh dikatakan semua kerja dilakukan oleh Mak Long Jah ,termasuk mengemas rumah jiran,menjual sayur dan menoreh di ladang getah milik jirannya
Biarpun hidup serba kesulitan,Mak Long Jah tetap mengerahkan kudratnya untuk menjamin hidup dia dan anaknya tidak merempat.Tapi apalah sangat kudrat wanita tua itu.
Yang menyedihkan,Mak Long Jah semakin kesunyian kerana anaknya tunggalnya itu meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa pergi bekerja di sebuah kilang.Sejak kematian anaknya itu,Mak Long Jah mula murung dan lebih banyak menghabiskan masanya di dalam rumah .
Boleh dikatakan setipa pagi dia akan berjalan kaki untuk meziarahi kubur anaknya itu yang terletak di belakang sebuah masjid,setengahkilometer dari rumahnya.Disitulah Mak Long Jah menangis dan berdoa untuk kesejahteraan arwah anaknya.
Dua tahun kemudian,Mak Long Jah pula meninggal dunia ketika sedang menoreh di ladang getak berhampiran.Ketika ditemui ,Mak Long Jah memakai baju kurung lusuh warna coklat kekuningan dan berkain batik merah.Rumahnya itu seterusnya di pusakai oleh adik Mak Long Jah yang menetap di Batu Pahat .Memandangkan dia juga sudah berkeluarga,adik Mak Long Jah itu menyewakan rumah berkenaan.
Tentu saja Khairuddin bersimpati dengan nasib Mak Long Jah ,namun dua minggu kemudian ,saya menerima panggilan telefon darinya."Aku dah pindah,duduk rumah lain.Dah dua kali aku nampak arwah tu.Cukuplah,"kata Khairuddin.

0 12 Kurma manis:
Post a Comment
Manisnya Kurma ini