FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Wednesday 10 June 2015

Etika : Perkara Yang Boleh Menggaru Kepala Ketika Menghadiri Weddings!!



Assalamualaikum and hai my beloved readers, pada kali ini Thira nak konsikan tentang perkara- perkara yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat ketika menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan.For this topic its totally about the guest for the wedding,which is  "US".^^

Semua “GUIDE” yang Thira bakal kongsikan bukanlah bermakna Thira seorang yang cerewet atau pun ingin mengkritik cara seseorang tetapi  Thira hanya ingin berkongsikan sahaja sepanjang  pengalaman Thira ketika menghadiri majlis perkahwinan.^^ So, mana yang baik kita amal-amalkan dan mana yang buruk kita elak-elakkan ^^.



  •   Jangan berbual panjang ketika menjamu selera





Ini sebenarnya antara pengalaman yang Thira pernah lalui ketika mencari tempat duduk di wedding.Memang rasa agak sakit hati bila melihat ada segelintir tetamu yang berbual-bual ketika makan ataupun sudah selesai  menjamu selera  dan mereka  masih lagi di tempat duduk.

Kelakuan seperti ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada para tetamu yang baru hadir.Ini kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk duduk dan menjamu selera.
Apa salahnya jika kita memudahkan para tetamu yang lain seperti  mana yang  tuan rumah inginkan.^^

  • Ambil makanan dengan cermat 




Ok, pasti anda pernah mengalami situasi dimana senduk telah di terjatuhkan ke dalam lauk oleh orang lain sebelum anda? kan.So bagi Thira if kita letak senduk itu elok-elok kan,mesti takkan menyusahkan orang lain selepas itu.Jadi cermat-cermat lah kita ye ^^.

  • Jangan membazir.






Thira tahu yang siapa sahaja yang tidak mahu nasi biryani free, kan. Semua orang mahukan. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengambil makanan sebanyak yang mungkin dan luar dari daya anda untuk memakannya. Kerana ia akan menyebabkan satu pembaziran. Seriously, kesian tuan rumah untuk menanggung semua pembaziran itu. So , just ambil mana yang anda ingin makan sahaja.ok ^^

  • Jaga Kebersihan






Dalam sibuk kita enjoy makan bersama tetamu-tetamu yang lain  ,jangan sesekali lupa tentang kebersihan.Kebesihan yang Thira maksudkan adalah tidak mengotorkan  table cloth. Hmm, Thira tahu  yang sometimes benda yang tidak dijangkakan mungkin akan berlaku tapi apa salahnya kita berhati-hati dan makan dengan cermat,kan .^^Can you guys imagine yang  table cloth sudah kotor dan kerusi sudah ditumpahi air ? Siapa je kan yang selesa.  At the same time kita dapat jaga nama baik tuan rumah.^^