FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Thursday 13 November 2014

Gadis Bertudung Menutup Dagu.Pelik Ke Der ?




Gambar Hiasan


Assalamualaikum ^^

Pada kali ini Thira nak cuba bincangkan tentang topik para muslimah pada masa kini yang gemar bertudung menutup dagu.

                                   



Pertama sekali ,Thira nak konsikanlah pengalaman Thira kerana Thira  juga adalah salah seorang daripada golongan yang memakai tudung sebegitu.

Sebelum pemakaian tudung sebegitu menjadi fenomena,Thira telah terlebih dahulu menjadi fenomena pelik di kampus hahaha.

Mungkin mereka tidak pernah melihat pemakaian tudung sebegitu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang janggal.Maybe... ,tapi its okay Thira tak pernah mengambil port  pun dengan apa yang dikatakan. As long as im happy with my own style .Kan?

Tidak kisahlah bagaimana sekali pun gaya kita bertudung yang penting 
KITA BERTUDUNG MENGIKUT SYARIAT. Kan? Hmm


Pernah juga ada orang yang bertanya adakah pemakaian sebegini adalah kerana aurat wanita atau hanyalah sekadar fesyen semata-mata?


Adakah dagu termasuk di dalam aurat wanita ?

Pendapat 


(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka – maka dagu dikatakan bukan aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) – maka dagu dikatakan adlh aurat


Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Bagi saya pendapat ulama yg mengatakan dagu bukan aurat lebih rajih, lebih kuat berbanding pendapat yg satu lagi ( dagu adalah aurat).

Jika ditanya kpd saya, saya lebih menyokong pendapat Ulama yg mengatakan dagu adlh bukan aurat… Ini kerana sy telah merujuk kpd pandangan ulama yg pada sy, pendapatnya lebih kuat seperti al imam as syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.

Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka… Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai… seperti yg kata tadi, jika ditanya kpd saya, sy akn memilih pendapat “ dagu bukan aurat.



Sumber : http://haikalsr.blogspot.com/2011/08/dagu-aurat-atau-tidak_8057.html



Kesimpulanya bagi saya kita sudah maklum, aurat dalam solat adalah sama dengan aurat semasa luar solatSo time solat kita tutup dagu. Luar solat??? Haaa... Sebab tu kebanyakan orang berpurdah salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir. 

Jadi kalau dah keliru sangat,bertudung tutup dagu pun comel juga.^^ Tak rugi apa-apa pun jika bertudung sebegitu . Betul tak?

 Allahhua'lam












Sunday 21 September 2014

Harum Kasturi Ingin Dijadikan Pilihan



Tidak pernah sesekali kita bertemu,
Tetapi hati terasa dicuri pada saat pertama dirimu menyapa,

Tidak pernah sesekali terlintas ingin mengenali asal usulmu,
Tetapi secara tidak sedar diriku tergerak hati ingin mengenalimu,

Dirimu tidak sesempurna seperti yang ku harapkan,
Tetapi dirimu lengkap untuk membimbingku dalam perjalanan kita nanti.

Sesungguhnya jodoh itu rahsia Illahi,
Jika Dia mengatakan awak untuk saya,
Dan saya untuk awak,
Maka jodoh itu milik kita.Insyaallah~



Jika benar dia jodohku, KAU satukanlah kami dgn ikatan yg halal di sisiMU Ya ALLAH..
Jika benar dia milikku, KAU dekatkanlah hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
Jika benar dia yang terbaik buatku, KAU peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati... 
TETAPI seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya ALLAH..
~ KAU tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya...
~ KAU jauhkanlah hati kami dari sebarang perasaan..
~ KAU berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu Ya ALLAH... 




Wednesday 2 July 2014

Trend Lelaki Berjambang ?



 “Berbezalah dengan kaum musyrikin,peliharalah janggut dan cukurlah kumis ,”-Hadis Rasulullah S.A.W.

Hye dan Assalamualaikum readers ^^v

Kalau kita dapat perhatikan pada masa kini ,ramai sebenarnya lelaki yang suka menyimpan janggut dan jambang.Kadang-kadang terfikir juga kenapa mereka ingin menyimpan janggut dan jambang ni ,adakah disebabkan trend atau sunnah?

Sesetengah wanita memang tidak suka lelaki berjanggut dan berjambang sebab bagi mereka  lelaki berjambang ni  merimaskan kerana janggut atau jambang mereka itu kelihatan seperti tidak terurus dan secara keseluhurannya  tak macho lah katanya.

Hello!!!! katang k.
hahahaha macam Wolverine gitu.

Bagi Thira lah kan,berdasarkan kaca mata seorang  wanita hehehe.
Lelaki berjambang ni nampak macho ,hensem ,matang,manly,awesome !!! hahaha
Selain itu, para wanita juga kena tahu apa sebenarnya kelebihan bagi lelaki yang menyimpan dan membela janggut ni.

1.Sunnah

Berjanggut dan berjambang adalah amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat,para tabiin dan Salaf as-Soleh.Rasulullah S.A.W  telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut  dengan beberapa alasanBaginda telah menisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut dan jambang  mereka .Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut.

2.Malaikhat Menadah Air Wuduk Yang Jatuh Dari Janggut

Pada zaman Rasulullah S.A.W  ada seorang sahabat yang berjangggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua.Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang  di  Masjid,Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun mula terasa hairan dan dia menyangka bahawa Rasulullah S.A.W senyum kerana  janggutnya yang nips  lalu pada keesokan harinya sahabat tersebut telah mencukur janggutnya itu dan apabila sahabat terserempak dengan Rasulullah S.A.W  sambil melemparkan senyuman ,Rasullullah tidak memandang langsung  kepada lelaki tersebut.

Lalu beliau bertanya kepada Rasulullah  kerana  berasa kehairanan.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepada ku seperti sebelum ini?”
Lalu Baginda menjawab.

“Sebelum ini aku Nampak malaikhat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu  tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak lagi ada lagi malaikhat yang menungggu dijanggutmu wahai sahabat”.

3.Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita

Menurut  Dr Jamnul Azhar Mulkan iaitu seorang doktor perubatan  dan juga seorang  pendakwah,kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology,Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body  mendapati janggut lelaki  mengandungi  hormone testoteron yang amat diperlukan bagi kesuuran wanita ,Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan  telur wanita.Subahanallah,bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T.
Dengan cara? Belailah janggut suamimu itu.

4.Menyerlahkan Sifat Kelakian
Seperti yang Thira katakan sebelum ini  lelaki berjambang memang nampak “manly”.^^