FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Wednesday 22 July 2015

Hati Perempuan




Kenapa aku risau?
Aku takut ke?
Atau aku cemburu?

Rasa ini meloyakan.
Aku seolah- olah tak senang duduk.
Ke hulu kehilir aku tenangkan diri.

Siapa perempuan itu?
Kenapa dia mengeluarkan statement begitu?

Hmm

Aku rasa aku cemburu.
Baguskah cemburu itu?
Aku tak nak dia marah sebab aku cemburu?
Apa aku patut buat?

Eh gambar siapa ini?
Cantiknya dia.
Kalaulah aku cantik macam dia?

Kenapa aku menangis?
Mungkinkah sebab perasaan terhadapnya?
Perasaan yang tidak mahu dipisahkan?
Benarkah aku amat menyayanginya?

Adakah aku sedia untuk berkorban untuk dia?
Aku tahu aku tak kuat tapi aku masih ingin mencuba.
Adakah aku senang dan susah bersama?
Sudahkah aku sedia?
Aku terima .

Apa perlu aku buat nak jadi sempurna untuk dia?
Beratus wang aku keluarkan.
Adakah ini akan mengubah aku untuk jadi sempurna bagi dia?
Kenapa aku ingin sempurna untuknya?
Sebab aku takut kehilangan

Ya aku takut pada kehilangan.
Aku takut pada perasaan itu.
Aku takut.
Adakah aku bersedia untuk kehilangan itu?

Inilah hati perempuan,hati yang sentiasa banyak persoalan.Kami tak minta untuk  berperasaan begitu.Tetapi kenapa Allah ciptakan air mata wanita yang mudah mengalir?


Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir.Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?

Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan. Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.

Cinta Terakhir -Harum Kasturi




Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau sempurna di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan






Jenis Bulu Paling Istimewa ?





Assalamualaikum and holla my beloved readers ^^ .Ok for today’s entrée Thira nak cakap pasal “Seekor Kucing” haa.This topic actually  memang sesuai untuk memupuk diri kita untuk lebih menyayangi makhluk ciptaan Allah besides manusia  lah kan.It is not only refer kepada kucing yang kita perlu ada belas simpati ,ini termasuk kesemuanya.

Thira hopes  sangat ada cat lovers yang membaca entrée ni sebab Thira nak korang comment pasal topic ini if korang pun agreed dengan point-point nya.ok?^^

In personally , Thira pun seorang peminat kucing .Thira start bela kucing dari Thira sekolah menengah lagi.Serius cakap kucing memang seronok bila dilayan dengan telatahnya ,nakalnya.Memang tak rasa sunyi apabila mereka bersama kita.Kalau anda perasan bagi pemelihara kucing,kucing ini jikalau mereka telah pergi tidak lama kemudian pasti akan berganti.Sebab kucing ini sebenarnya seolah-olah tahu dan boleh bau kepada orang yang menyayangi mereka.

So, jangan terkejut jikalau si comel ini keep datang dekat  korang.Magic kan?

Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa kucing ni ada banyak keistimewaannya yang mampu merubahkan seseorang menjadi lebih stabil dan tenang dari segi emosi , prestasinya dan sebagainya.Mesti ramai yang percaya kan ? Pasal keistimewaan kucing ni ? ok meh tengok sini Thira nak list kan ^^.


Keistimewaan Menyayangi Si Comel

1.    Kucing boleh menenangkan emosi kita.


Memelihara kucing sebenarnya merupakan satu terapi emosi yang sangat baik.Nak tau sebab apa? Ini kerana  kucing boleh menjadi  peneman setia  dikala kita sunyi ,sedih , tertekan dan sebagainya.Megikut kajian, dengan hanya 15 hingga 30 minit  masa berkualiti yang diluangkan bersama kuc
ing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda yang tidak keruan sebelum itu.Bagaimana ia boleh terjadi? In terjadi kerana tubuh anda menghasilkan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Tak percaya cuba try.Ok?^^


2. Mengajar kita erti kasih sayang.

Jika dapat anda lihat sebenarnya kucing merupakan seekor haiwan yang meyayangi tuannya dan tersangatlah manja bersama tuannya.

Telatah mereka membuatkan kita melayan mereka lebih dari seekor haiwan peliharaan ,mereka seperti ahli keluarga sendiri.Disebabkan mereka secara automatically nya sifat empathy didalam diri kita semakin menebal.

Oleh itu, ianya menjadi sangat bermakna jika mengajar kanak-kanak menyayangi kucing peliharaan mereka supaya sifat kasih saying dapat dipupuk sejak awal lagi.Supaya sifat kasih sayang itu ditanam lebih awal.






3.       Mengajar kita erti tanggungjawap

Bagi si pemelihara kucing mereka pasti perasan tentang ini.Kucing sebenarnya mengajar kita untuk lebih punctual .Ini kerana kucing lebih arif tentang jadula mereka dan juga jadual tuannya. Mereka selalunya mengiau bagi mengingatkan tuannya waktu-waktu penting seperti waktu makannya , gerakkan kita pada waktu pagi ,waktu sahur dan sebagainya.Macam kucing Thira, mereka sering mengiau pada pukul 5 pagi bagi mengejutkan tuannya untuk subuh.Tak ke lama-lamaanya  kita menjadi seorang yang berdisiplin?

Selain itu ,mereka mengajar kita menjadi bertanggungjawap kepada tanggungan kita.Thira rasa bagi seseorang yang belum berumah tangga elok memelihara kucing ni supaya kita menjadikan kita seseorang yang sentiasa redha dan always memberi commitment.



4.       Memupuk kita untuk bersedekah

Bagaimana dengan  hanya membela kucing boleh memupuk sikap bersedekah?  Ssebenarnya dalam commitment kita menjaga si comel ini secra tidak lansung telah mengajar kita erti perkongsian.

Kita belajar untuk berkongsi dari segi kasih sayang , makanan , tempat tinggal yang selesa untuk si comel  dan sebagainya.Percayalah jika kita sentiasa memupuk diri untuk bermurah hati untuk berkongsi pada si comel ,insya Allah ,Allah akan kurniakan lebih lagi sebagai ganjaran kepada kita.

Kadang kala Thira berasa hairan kenapa kita mesti memukul , menendang , mencurah air kepada mereka tatkala mereka meminta makanan daripada kita.Sedar tak, mereka tidak meminta sepinggan nasi berlaukkan  ikan tiga rasa ataupun kfc dan sebagainya, mereka hanya minta sedikit sahaja daripada rezeki kita pada hari itu.Jadi apa salahnya jika kita berkongsi dengan mereka.kan? Jika terbisa berbuat demikian pasti sifat itu akan terzahir secara naturalnya.


5.       Mendatangkan pahala dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T

Pabila kita berbuat baik pada haiwan ,sudah tentunya akan mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.Tidak kiralah ianya merupakan kucing atau sebagainya.Kita tetap harus memberi layanan baik kepada mereka.Allah pasti sentiasa membalas setiapa amalan baik hambaNya.Malah, kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.Nama kucing peliharaan Rasulullah adalah Muezza.Jadi secra tidak lansungnya kita tekah menjalankan salah satu sunnah iaitu menyayangi haiwan.^^

So, thats all from me ^^