FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Saturday 21 February 2015

Cara Mahu Kenal Lelaki Playboy





Assalamualaikum and Hi my beloved readers ^^

Pada kali ini Thira nak kongsikan tentang lelaki-lelaki BUAYA DARAT,haaa..

Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Hmm sesetengah itu mesti pernah dan sesetengah juga mesti tidak pernah kan.So,tidak mengapalah bagi sudah pernah please dont forget to comment ye kot-kot apa yang Thira kongsi ni betul ke...heee ^^

Actually kan,Thira pun pernah terkena juga benda-benda macam ni,tapi yelah Thira hanya menganggap ini sebagai ujian hidup so Thira redha kan sahaja lah kan.Yang lepas biarkan ia lepas berlalu.Ok? ^^

Berikut dipaparkan beberapa tanda perilaku seorang lelaki yang suka bermain perempuan atau lelaki Playboy.
TETAPI tidak semestinya jika anda dapati salah satu tanda pada teman anda bermakna dia adalah kaki perempuanTetapi ini hanyalah beberapa tanda yang boleh dibuat pedoman. 

Semoga tidak disalah-gunakan dan semoga anda tidak tertipu dengan lelaki-lelaki sedemikian.


1. Menghubungi anda setelah pukul 11 dan 12 malam

Ada 24 jam setiap harinya, jika seorang lelaki menyukai anda, dia akan memilih waktu yang tepat untuk menanyakan khabar anda. Setelah pukul 11 dan 12 malam merupakan waktu lelaki yang hanya mahu berseronok. Jika dia menelefon hanya pada jam-jam tersebut bererti dia tidak ingin serius dengan anda, dia hanya sedang cuba menggoda anda di waktu lapangnya.Hmm,bayangkan mereka hanya perlukan anda diwaktu lapang sahaja..tak patut..tak patut..Tetapi tak semestinya tau, sebab kadang kala mungkin itu sahaja waktu dia free.

2. Memiliki ramai teman wanita

Berhati-hatilah apabila lelaki memiliki ramai teman wanita dibanding teman lelaki. Tipikal lelaki playboy dapat mendekati beberapa wanita dalam satu masa. Jadi jika si dia sering menerima telefon dari wanita, anda harus lebih berhati-hati padanya.Tetapi,ini tidak semestinya tau yang dia sedang permainkan anda.Sebab ,jika  lelaki itu masih menunjukkan commitment dia dengan anda,itu menunjukkan yang sebenarnya perempuan-perempuan itu lah yang suka mendampingi dia tetapi dia tak layan pun.^^

3. Pintar menyusun kata

Mengapa wanita sulit untuk menolak jeratan si playboy? Kerana dia pandai berbicara dan merayu. Dia tahu apa yang harus dibicarakan ketika anda sedang marah, kesal atau sedih. Dia pun akan membuat anda merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan dia lelaki yang baik. Pada saat ini, sesungguhnya dia sedang menipu anda dan mengawal emosi anda.

Dalam banyak-banyak perkara,benda inilah yang paling susah nak detect sebab kita sebagai perempuan memang senang tertipu,Senang cakaplah ye,jika benar lelaki itu sayangkan anda dan ingin sehidup semati dengan anda itu,dia akan buat setiap perkara yang telah dia janjikan dengan telus.Jika dia suka puji anda,maka sampai matilah dia anda selau puji anda sebab anda tetap anda dimata dia.

Sebenarnyakan paling senang nak detect lelaki mulut manis kan adalah melalui laman sosial sebab dia tak kenal kita lagi,so dia akan mulakan operasi ngorat dia denagn memuji-muji..haa....so beware lah ye.

Tapi  jika anda rasa anda memang cantik pada hari itu dan orang lain pun kata anda cantik hari itu,dan apabila si dia juga berkata begitu,jangan pula anda kata dia penipu mulut manis hahaha sebab mungkin apa dia kata itu ikhlas dan jujur.


4. Berbicara banyak tentang fizikal anda

Wanita mana yang tidak suka menerima pujian. Namun jika dia lebih banyak memuji bahagian tubuh anda, maka berhati-hatilah. Dia menginginkan hubungan yang lebih dan sedang cuba mempermainkan anda.

5. Bersikap berbeza di depan teman-teman lelakinya

Ketika berada di depan teman-temannya, lelaki jenis 'player' ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada wanitanya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah ungkapan sayangnya, tapi sekadar ingin menunjukkan kepada teman-teman lelakinya 'ini mangsa baruku'.

6. Sangat percaya diri

Si player memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi. Bagaimana tidak, dia merasa dapat menakluki gadis-gadis yang diinginkan. Lebih dari itu, mereka dapat menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam satu waktu. Itulah yang membuat playboy semakin percaya diri.

Bukan percaya diri,lebih kepada perasan rasanya.hahaha

7. Tidak tertarik dengan hidup anda

Ketika dia bertanya tentang hari-hari anda, belum tentu dia benar-benar mempedulikannya. Mereka membuat seolah peduli, pada kenyataannya tidak. Mereka melakukan ini semua untuk mendapatkan sesuatu. Ketika seorang wanita telah mempercayainya, maka dengan mudah dia akan mendapatkan keinginannya.

8. Menghindari pergi bersama anda

Tentu si player ingin bermain lancar dengan para wanitanya. Sehingga dia memilih menghindari pergi keluar bersama anda. Tapi ada juga jenis player yang sangat licik. Boleh jadi, sebelum pergi bersama anda, dia akan meminta izin daripada wanita lainnya kalau dia akan pergi bersama sepupu atau adik perempuannya. Taktik ini dilakukannya untuk membuatnya lebih selamat untuk bertemu dengan seseorang.

9 - Jarang atau tidak mahu berkongsi kisah cintanya

Sangat jarang untuk seorang playboy berkongsi cerita beliau, terutama kepada 'mangsa' itu. Jika dia berkongsi tentang kisah cintanya pun, dia pasti mempunyai maksud tersembunyi di sebalik tindakan beliau. Mungkin untuk mencari simpati dan bermain dengan perasaan wanita.Eleh, kadang-kadang mereka ini memang jenis yang banyak masalah dengan cinta sebenarya.

10.Banyak beri alasan

Alasan dia memang berjela-jela tak leh itu la,tak leh ini la.Memang alasan lah.Poyo semua tu!

11. Banyak suruh anda dahulukan

Hmmm..harap anda fahamlah dahulukan dari segi apa.


Kesimpulanya,sebagai kaum wanita kita sama-samalah berhati-hati, ok? sebab saya tahu perasaan kena permainkan itu memang sakittttttttt sangat.kan kan kan.Harap-harap lah hukum karma itu memang wujud hahahaha *gelak evil punya style.



5 comments:

  1. hi saya muja . kawan syazwan .dia tersentap bile baca tajuk playboy ni..yeke awak karang sendri ayat2 tu bhahahaahahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh hi ^^ sorry late, yeke dia sentap.memang saya tulis semua ni tapi saya tak tulis menjurus kepada dia pun hahahah tapi kalau dia terasa tu maybe dia termakan cili agknya tadi.hahahha

      Delete
  2. hahaha... mmg betul on sye rasa lelaki mcm ni. sbb dh terkena....

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang banyak lelaki yg tk setia, tpi nasib baiklh sye terjumpa seorang yg mmpu setia dengan diri ini. ape-ape pon bagus yg membuat perkara ini. ye lh semua lelaki kadang-kadang tk setia..... happy forever

    ReplyDelete
  4. Hahahaha semua yg kat atas tu mmg btul sngt sbb saya sdg dlm proses berkawan rapat ngn seorng yg prngi buaya....apbila baru2 ni dia ajak saya kawin tpi saya thu tu smua hnyalah dripada kata2 bkn dripada sudut hatinya....saya masih ragu2 dgnnya..susah nk mngubahnya mnjadi seorg yg lbih setia...

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini