FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Sunday, 29 July 2012

Disebalik Nama Dan Bentuk Makanan Antarabangsa


Pankek mungkin merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.

Hamburger pada asalnya dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.
Frankfrurter dinamakan sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya ‘sosej dachshund panas’ kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.
Telur seratus tahun (l’oeuf cent ans) adalah sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.
Kon aiskrim mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
Pavlova ialah pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.
Piza ialah makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.
Pretzels mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.
Ikan Mentah ialah makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.
Sandwich dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.
Croissant adalah sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.
Ladu adalah sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.

0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini