seekor kucing yang dilahirkan mengalami kecacatan kekal di bahagian mukanya. Anak kucing yang baru dilahirkan ini dari Kampung Paya Jaras Dalam, hanya memiliki satu mataselain tidak mempunyai hidung. Bagaimanapun, ia dilaporkan telah mati selang beberapa jam setelah dilahirkan. Di bawah merupakan gambar kucing pelik bermata satu tu.
Lebih menghairankan apabila mulut kucing pelik digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet. Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.
Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia. “Mungkin ada yang menyangka kucing pelik ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini.
Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
“Allah itu Maha Berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
0 12 Kurma manis:
Post a Comment
Manisnya Kurma ini