FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Thursday, 5 July 2012

Budak Tidak Pernah Rasa Sakit Sepanjang Hayat





 Ashlyn Blocker


Florida – Jika ibu bapa lain sibuk melindungi anak-anak mereka daripada cedera ketika bermain, namun keadaan berbeza dengan ibu bapa kepada Ashlyn Blocker.

Ini kerana Ashlyn, 12, tidak lut dengan sebarang kesakitan akibat penyakit CIPA (Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis) yang dialaminya.

Penyakit itu juga dikenali dengan istilah Hereditary Sensory Neuropathies (HSN) iaitu gangguan atau kemunduran sistem saraf yang mengakibatkan seseorang itu kehilangan rasa sakit terutama di bahagian tangan dan kaki.

Ketika dilahirkan, Ashlyn tidak pernah mengangis biarpun dia sedang lapar atau mengalami ruam lampin.

“Semua orang berpendapat dia adalah bayi yang baik kerana tidak menangis,’’ ujar bapanya, John Blocker.

Ibu bapanya hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila mereka membawa Ashlyn yang ketika itu berusia lapan bulan ke hospital akibat sakit mata.

“Apabila doktor meletakkan ubat penitis ke dalam mata, mereka terkejut kerana Ashlyn tidak menangis,’’ kata John.

Dari situ barulah mereka mengatahui bahawa anak mereka mengidap CIPA dan di dunia ini hanya ada 100 pengidap sahaja.

Pada zaman kanak-kanak, penjagaan Ashlyn menjadi sukar kerana dia akan mencederakan dirinya sendiri tanpa merasa sakit.

“Ada kalanya dia akan menggigit dan membakar jaringnya menyebabkan kami terpaksa membalut tangannya dengan kain,’’ kata bapanya.

Keadaan menjadi sukar apabila Ashlyn bermain di luar rumah, kerana tidak ada sesiapa pun yang tahu apa akan berlaku kepadanya.

0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini