FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Tuesday, 31 July 2012

Sejadah Juga Mempunyai Unsur Illuminati dan Freemason!


SEJADAH ?
Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah.



Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;
1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.
Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.
Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason
checkered floor, bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)

Freemason
Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor
-Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

Bulan dan Bintang
- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

All seeing eye
- Simbolik/propoganda “The Hidden Hand/Dajjal” seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan.

Wallahualam~

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah



Seperti mana yang kita tahu bahawa Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.  Adab ini penting kerana dalam Islam, semua perkara yang kita lakukan perlulah beriringan dengan adab. Sebagai contoh adab masuk masjid, adab makan, adab minum dan sebagainya. Ketahui apakah antara adab-adab  berbuka puasa di bawah ini.



1. Membaca doa
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” – Hadis riwayat Ibn Majah
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda SAW :
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Monday, 30 July 2012

Penghinaan Kepada NABI MUSA A.S Di Temasya Sukan Olimpik 2012!



LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.
LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..
NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..
MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..
DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????
WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.
CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.
WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!

Sunday, 29 July 2012

Kisah Menarik Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam!



Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.

Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah

Disebalik Nama Dan Bentuk Makanan Antarabangsa


Pankek mungkin merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.

Hamburger pada asalnya dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.
Frankfrurter dinamakan sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya ‘sosej dachshund panas’ kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.
Telur seratus tahun (l’oeuf cent ans) adalah sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.
Kon aiskrim mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
Pavlova ialah pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.
Piza ialah makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.
Pretzels mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.
Ikan Mentah ialah makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.
Sandwich dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.
Croissant adalah sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.
Ladu adalah sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.

Dajjal di sebalik Olympic !



Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

Friday, 27 July 2012

Konsert Big Bang Berharga RM4 Juta!



SELEPAS berjaya menjual tiket konsert secara dalam talian dalam masa 30 saat di Indonesia, kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Big Bang yang dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena dengan konsert jelajah Big Bang Alive Galaxy Tour 2012.

Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia dinanti-nantikan peminat apabila dikhabarkan kos produksi untuk konsert mereka di Kuala Lumpur menelan belanja sehingga RM4 juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan hanya kepada pentas semata-mata. Benar atau tidak, hanya penganjur yang membawa mereka iaitu Running Into The Sun yang mengetahuinya.

Bagi memastikan kualiti konsert jelajah kali ini, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 telah bekerjasama dengan tenaga produksi yang pernah bekerja untuk penghibur antarabangsa seperti pengarah kreatif, Laurieann Gibson yang bekerja untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry.

Bukan itu sahaja, pereka cahaya lampu, Leroy Bennett yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles serta jurutera bunyi, Ken Van Druten yang mendapat kepercayaan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park turut terlibat dalam konsert Big Bang di Malaysia.

Menurut pihak penganjur, peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert harus bersedia apabila kaunter penjualan tiket dibuka pada 28 Julai ini di pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 sehingga 6 petang.

“Sebanyak 12,000 tiket akan dijual pada 28 Julai ini. Peminat Big Bang, pastikan anda mendapatkan tiket kerana persembahan mereka berbaloi untuk ditonton,” kata wakil penganjur.


Selain membeli tiket secara manual yang mula dijual pada harga RM98 sehingga RM688, peminat boleh dapatkan tiket secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari laman web pihak penganjur, www.runningintothesun.com.

Kumpulan Big Bang yang ditubuhkan pada tahun 2006 telah melahirkan lima buah album dan kini popular dengan lagu Blue , Fantastic Baby serta Monster .

7 Tips Mengatasi Bau Mulut Disaat Puasa!



Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali menimbulkan ketidakselesaan.

Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut.

Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut. Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis.

Sebenarnya bau mulut saat menjalankan puasa tak perlu dirisaukan. Semak beberapa tips sederhana mencegah bau mulut selama puasa, seperti dikutip dari holisticcare-dentalclinic.


1. Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.

2. Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.

3. Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

4. Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.

5. Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat  gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

6. Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.

7. Asap makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.


Bahaya Minum Air Kacang Soya!


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll.
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh
golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia
yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia
ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual
/ sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang
dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang
soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk
proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia
bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien.
Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di
peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan
susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang
soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi
tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan,
boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji