FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Tuesday, 11 August 2015

DIY Mudah Hantaran : Bunga Gambir



Assalamualaikum ^^ .

For my updates today Thira sebenarnya nak bagi tutorial untuk membuat bunga yang berasaskan keoingan gambir untuk hantaran sireh junjung.Actually Thira rasa DIY bunga gambir lagi worth it berbandiung kita beli kat kedai seperti yang kita tahu harganya agak mahal.So, Thira sudah pun sediakan step gambar bagi memudahkan uolls ^^


Bahan-bahan:


                                              MANIK                              PITA PELEKAT HIJAU
                                POLISTRENE / GABUS                 KEPINGAN GAMBIR      

LIDI


Cara-cara:

1.Gamkan hujung mata lidi dengan menggunakan hot glue gun. Dan cucukkan polistrene kecil pada hujung mata lidi.

2. Balutkan polistrene + lidi yang digam tadi mengunakan pita pelekat hijau (boleh didapati di kedai menjual bahan hantaran). 


3. Gamkan dibawah manik untulk ditampalkan di atas polistrene tersebut.jenis manis boleh mengikut cita rasa anda sendiri sama ada ingin kan yang besar , kecil , lonjong ? terpulang kepada anda ^^

4.Seterusnya cantumkan kepingan gambir yang dimulakan dengan kepingan yang kecil ke besar.Proses ini memang memelurkan gam yang agak banyak supaya lebih kukuh.ini kerana Thira menggunakan kepingan gambir yang agak tebal. Kalau nipis lebih cantik.

5. Akhir sekali gamkan di bawah permukaan bunga supaya tekstur yang lebih kukuh.

6. Siap.^^ 


Selamat Mencuba.

























Wednesday, 22 July 2015

Hati Perempuan




Kenapa aku risau?
Aku takut ke?
Atau aku cemburu?

Rasa ini meloyakan.
Aku seolah- olah tak senang duduk.
Ke hulu kehilir aku tenangkan diri.

Siapa perempuan itu?
Kenapa dia mengeluarkan statement begitu?

Hmm

Aku rasa aku cemburu.
Baguskah cemburu itu?
Aku tak nak dia marah sebab aku cemburu?
Apa aku patut buat?

Eh gambar siapa ini?
Cantiknya dia.
Kalaulah aku cantik macam dia?

Kenapa aku menangis?
Mungkinkah sebab perasaan terhadapnya?
Perasaan yang tidak mahu dipisahkan?
Benarkah aku amat menyayanginya?

Adakah aku sedia untuk berkorban untuk dia?
Aku tahu aku tak kuat tapi aku masih ingin mencuba.
Adakah aku senang dan susah bersama?
Sudahkah aku sedia?
Aku terima .

Apa perlu aku buat nak jadi sempurna untuk dia?
Beratus wang aku keluarkan.
Adakah ini akan mengubah aku untuk jadi sempurna bagi dia?
Kenapa aku ingin sempurna untuknya?
Sebab aku takut kehilangan

Ya aku takut pada kehilangan.
Aku takut pada perasaan itu.
Aku takut.
Adakah aku bersedia untuk kehilangan itu?

Inilah hati perempuan,hati yang sentiasa banyak persoalan.Kami tak minta untuk  berperasaan begitu.Tetapi kenapa Allah ciptakan air mata wanita yang mudah mengalir?


Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir.Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?

Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan. Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.

Cinta Terakhir -Harum Kasturi




Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau sempurna di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan






Jenis Bulu Paling Istimewa ?





Assalamualaikum and holla my beloved readers ^^ .Ok for today’s entrée Thira nak cakap pasal “Seekor Kucing” haa.This topic actually  memang sesuai untuk memupuk diri kita untuk lebih menyayangi makhluk ciptaan Allah besides manusia  lah kan.It is not only refer kepada kucing yang kita perlu ada belas simpati ,ini termasuk kesemuanya.

Thira hopes  sangat ada cat lovers yang membaca entrée ni sebab Thira nak korang comment pasal topic ini if korang pun agreed dengan point-point nya.ok?^^

In personally , Thira pun seorang peminat kucing .Thira start bela kucing dari Thira sekolah menengah lagi.Serius cakap kucing memang seronok bila dilayan dengan telatahnya ,nakalnya.Memang tak rasa sunyi apabila mereka bersama kita.Kalau anda perasan bagi pemelihara kucing,kucing ini jikalau mereka telah pergi tidak lama kemudian pasti akan berganti.Sebab kucing ini sebenarnya seolah-olah tahu dan boleh bau kepada orang yang menyayangi mereka.

So, jangan terkejut jikalau si comel ini keep datang dekat  korang.Magic kan?

Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa kucing ni ada banyak keistimewaannya yang mampu merubahkan seseorang menjadi lebih stabil dan tenang dari segi emosi , prestasinya dan sebagainya.Mesti ramai yang percaya kan ? Pasal keistimewaan kucing ni ? ok meh tengok sini Thira nak list kan ^^.


Keistimewaan Menyayangi Si Comel

1.    Kucing boleh menenangkan emosi kita.


Memelihara kucing sebenarnya merupakan satu terapi emosi yang sangat baik.Nak tau sebab apa? Ini kerana  kucing boleh menjadi  peneman setia  dikala kita sunyi ,sedih , tertekan dan sebagainya.Megikut kajian, dengan hanya 15 hingga 30 minit  masa berkualiti yang diluangkan bersama kuc
ing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda yang tidak keruan sebelum itu.Bagaimana ia boleh terjadi? In terjadi kerana tubuh anda menghasilkan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Tak percaya cuba try.Ok?^^


2. Mengajar kita erti kasih sayang.

Jika dapat anda lihat sebenarnya kucing merupakan seekor haiwan yang meyayangi tuannya dan tersangatlah manja bersama tuannya.

Telatah mereka membuatkan kita melayan mereka lebih dari seekor haiwan peliharaan ,mereka seperti ahli keluarga sendiri.Disebabkan mereka secara automatically nya sifat empathy didalam diri kita semakin menebal.

Oleh itu, ianya menjadi sangat bermakna jika mengajar kanak-kanak menyayangi kucing peliharaan mereka supaya sifat kasih saying dapat dipupuk sejak awal lagi.Supaya sifat kasih sayang itu ditanam lebih awal.






3.       Mengajar kita erti tanggungjawap

Bagi si pemelihara kucing mereka pasti perasan tentang ini.Kucing sebenarnya mengajar kita untuk lebih punctual .Ini kerana kucing lebih arif tentang jadula mereka dan juga jadual tuannya. Mereka selalunya mengiau bagi mengingatkan tuannya waktu-waktu penting seperti waktu makannya , gerakkan kita pada waktu pagi ,waktu sahur dan sebagainya.Macam kucing Thira, mereka sering mengiau pada pukul 5 pagi bagi mengejutkan tuannya untuk subuh.Tak ke lama-lamaanya  kita menjadi seorang yang berdisiplin?

Selain itu ,mereka mengajar kita menjadi bertanggungjawap kepada tanggungan kita.Thira rasa bagi seseorang yang belum berumah tangga elok memelihara kucing ni supaya kita menjadikan kita seseorang yang sentiasa redha dan always memberi commitment.



4.       Memupuk kita untuk bersedekah

Bagaimana dengan  hanya membela kucing boleh memupuk sikap bersedekah?  Ssebenarnya dalam commitment kita menjaga si comel ini secra tidak lansung telah mengajar kita erti perkongsian.

Kita belajar untuk berkongsi dari segi kasih sayang , makanan , tempat tinggal yang selesa untuk si comel  dan sebagainya.Percayalah jika kita sentiasa memupuk diri untuk bermurah hati untuk berkongsi pada si comel ,insya Allah ,Allah akan kurniakan lebih lagi sebagai ganjaran kepada kita.

Kadang kala Thira berasa hairan kenapa kita mesti memukul , menendang , mencurah air kepada mereka tatkala mereka meminta makanan daripada kita.Sedar tak, mereka tidak meminta sepinggan nasi berlaukkan  ikan tiga rasa ataupun kfc dan sebagainya, mereka hanya minta sedikit sahaja daripada rezeki kita pada hari itu.Jadi apa salahnya jika kita berkongsi dengan mereka.kan? Jika terbisa berbuat demikian pasti sifat itu akan terzahir secara naturalnya.


5.       Mendatangkan pahala dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T

Pabila kita berbuat baik pada haiwan ,sudah tentunya akan mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.Tidak kiralah ianya merupakan kucing atau sebagainya.Kita tetap harus memberi layanan baik kepada mereka.Allah pasti sentiasa membalas setiapa amalan baik hambaNya.Malah, kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.Nama kucing peliharaan Rasulullah adalah Muezza.Jadi secra tidak lansungnya kita tekah menjalankan salah satu sunnah iaitu menyayangi haiwan.^^

So, thats all from me ^^







Wednesday, 10 June 2015

Etika : Perkara Yang Boleh Menggaru Kepala Ketika Menghadiri Weddings!!



Assalamualaikum and hai my beloved readers, pada kali ini Thira nak konsikan tentang perkara- perkara yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat ketika menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan.For this topic its totally about the guest for the wedding,which is  "US".^^

Semua “GUIDE” yang Thira bakal kongsikan bukanlah bermakna Thira seorang yang cerewet atau pun ingin mengkritik cara seseorang tetapi  Thira hanya ingin berkongsikan sahaja sepanjang  pengalaman Thira ketika menghadiri majlis perkahwinan.^^ So, mana yang baik kita amal-amalkan dan mana yang buruk kita elak-elakkan ^^.



  •   Jangan berbual panjang ketika menjamu selera





Ini sebenarnya antara pengalaman yang Thira pernah lalui ketika mencari tempat duduk di wedding.Memang rasa agak sakit hati bila melihat ada segelintir tetamu yang berbual-bual ketika makan ataupun sudah selesai  menjamu selera  dan mereka  masih lagi di tempat duduk.

Kelakuan seperti ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada para tetamu yang baru hadir.Ini kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk duduk dan menjamu selera.
Apa salahnya jika kita memudahkan para tetamu yang lain seperti  mana yang  tuan rumah inginkan.^^

  • Ambil makanan dengan cermat 




Ok, pasti anda pernah mengalami situasi dimana senduk telah di terjatuhkan ke dalam lauk oleh orang lain sebelum anda? kan.So bagi Thira if kita letak senduk itu elok-elok kan,mesti takkan menyusahkan orang lain selepas itu.Jadi cermat-cermat lah kita ye ^^.

  • Jangan membazir.






Thira tahu yang siapa sahaja yang tidak mahu nasi biryani free, kan. Semua orang mahukan. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengambil makanan sebanyak yang mungkin dan luar dari daya anda untuk memakannya. Kerana ia akan menyebabkan satu pembaziran. Seriously, kesian tuan rumah untuk menanggung semua pembaziran itu. So , just ambil mana yang anda ingin makan sahaja.ok ^^

  • Jaga Kebersihan






Dalam sibuk kita enjoy makan bersama tetamu-tetamu yang lain  ,jangan sesekali lupa tentang kebersihan.Kebesihan yang Thira maksudkan adalah tidak mengotorkan  table cloth. Hmm, Thira tahu  yang sometimes benda yang tidak dijangkakan mungkin akan berlaku tapi apa salahnya kita berhati-hati dan makan dengan cermat,kan .^^Can you guys imagine yang  table cloth sudah kotor dan kerusi sudah ditumpahi air ? Siapa je kan yang selesa.  At the same time kita dapat jaga nama baik tuan rumah.^^










Friday, 29 May 2015

27 Mei 2015 , Rabu.





We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.

-Orson Welles


Assalamualaikum and hola  my beloved readers, I know that it’s quite a long time I didn’t update my blog , but now I’m back and just want to share with you guys  about my special moment , first time meeting my MR Beardy. Heee, even though sounds awkward to you guys but don’t worry Thira tidak akan buat cerita jiwang dekat sini. Hahaha


So, Thira actually nak kongsikan moment itu dengan cara yang berlainan sedikit dengan memberi tips melalui pengalaman Thira . So, Thira harap its very useful for you guys lah ^^

Tips 

1.Jangan lewat

Ini melalui pengalaman Thira sendiri , Thira sendiri yang lewat sebenarnya.Thira memang bernasib baik agaknya sebab dia seorang yang penyabar even dah tunggu lebih setengah jam.Hahaha.So,apa yang anda perlu buat adalah jangan contohi Thira and always be prepared,nak baju apa semua,pastikan sudah difikirkan terlebih dahulu. Then, kalau boleh siaplah awal-awal  supaya semuanya tidak menjadi kelam kabut.^^

2.Be your self

Apa yang Thira cuba maksudkan disini adalah anda haruslah berpenampilan seperti diri anda sendiri iaitu tidak perlu menjadi orang lain.Ini kerana anda bakal nampak tidak selesa ketika keluar dengan pasangan anda.Jika anda jenis yang berpenampilan feminine, berpenampilanlah seperti itu kerana itu gaya anda  dan jika anda jenis yang more to boyish style , so why not if you guys nak berpenampilan sedemikian kerana itu adalah diri anda.Tentu pasangan anda menerima sahaja diri anda kerana sesetengah lelaki lebih suka wanita yang jujur dan berterus terang.Trust me ^^ .But one more thing ! jika anda ke butik pakaian perempuan bersamanya dan jika dia telah berkata seperti ini “Saya suka awak pakai macam ini “ sambil menunjukkan pakaian tertentu kepada anda ,then what you should do is be alert ! Mungkin dia inginkan sesuatu perubahan dari anda.
Amaran bagi lelaki adalah jikalau anda ingin pasangan anda mengubah penampilannya ,jangalah secara tergesa-gesa.ok? ^^ Kerana sudah tentu pasangan anda tidak akan gemar sama sekali.

3.Jangan edit gambar secara keterlaluan

Perkara ini mungkin akan berlaku pada pasangan yang berkenalan secara “Blind Date” .Ini membuatkan anda tidak mempunyai keyakinan untuk berjumpa pasangan anda secara face to face terutamanya bagi kaum wanita.Apabila ianya berlaku sudah tentu anda akan menjadi less confident about yourself dan membuatkan pasangan anda mempunyai expectation yang ting terhadap anda. Jadi ia mungkin bakal menjadi masalah yang besar untuk anda.By the way, jangan risau jika benar lelaki itu sayangkan anda pasti dia akan terima anda sebaiknya.Ingat kecantikan rupa paras itu tak kekal berbanding kecantikan  hati anda .^^

4.Jangan bermain  dengan phone

Ini sebenarnya antara kesilapan yang agak besar tetapi tidak diambil kira oleh pasangan sekarang.Hello ! siapa sahaja yang suka bila anda bercakap dengannya tetapi dia hanya focus dengan phone.Ia menggambarkan  bahawa anda lansung tidak berminat bercakap dari hati ke hati dengannya.Tetapi lainlah kalau ada hal kecemasan ,so pasangan kenalah pertimbangkan.ok?^^

5.Jangan jadi terlalu “Talk Active”


Ini adalah amaran pada kaum wanita hehehe.Ini kerana sometimes lelaki tak suka wanita yang terlalu banyak bercakap. Thira tahu bahawa kita perlu menjadi diri sendiri tetapi ada kalanya kita perlu kurangkan sedikit attitude yang negative supaya hubungan itu lebih positif.^^


So, ini sahaja yang Thira boleh kongsikan ^^ harap ianya sangat membantu untuk anda ^^


              Jarak itu memang menyeksakan , tetapi mungkin ada kebaikan disebaliknya ^^ 

Saturday, 21 February 2015

Cara Mahu Kenal Lelaki Playboy





Assalamualaikum and Hi my beloved readers ^^

Pada kali ini Thira nak kongsikan tentang lelaki-lelaki BUAYA DARAT,haaa..

Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Hmm sesetengah itu mesti pernah dan sesetengah juga mesti tidak pernah kan.So,tidak mengapalah bagi sudah pernah please dont forget to comment ye kot-kot apa yang Thira kongsi ni betul ke...heee ^^

Actually kan,Thira pun pernah terkena juga benda-benda macam ni,tapi yelah Thira hanya menganggap ini sebagai ujian hidup so Thira redha kan sahaja lah kan.Yang lepas biarkan ia lepas berlalu.Ok? ^^

Berikut dipaparkan beberapa tanda perilaku seorang lelaki yang suka bermain perempuan atau lelaki Playboy.
TETAPI tidak semestinya jika anda dapati salah satu tanda pada teman anda bermakna dia adalah kaki perempuanTetapi ini hanyalah beberapa tanda yang boleh dibuat pedoman. 

Semoga tidak disalah-gunakan dan semoga anda tidak tertipu dengan lelaki-lelaki sedemikian.


1. Menghubungi anda setelah pukul 11 dan 12 malam

Ada 24 jam setiap harinya, jika seorang lelaki menyukai anda, dia akan memilih waktu yang tepat untuk menanyakan khabar anda. Setelah pukul 11 dan 12 malam merupakan waktu lelaki yang hanya mahu berseronok. Jika dia menelefon hanya pada jam-jam tersebut bererti dia tidak ingin serius dengan anda, dia hanya sedang cuba menggoda anda di waktu lapangnya.Hmm,bayangkan mereka hanya perlukan anda diwaktu lapang sahaja..tak patut..tak patut..Tetapi tak semestinya tau, sebab kadang kala mungkin itu sahaja waktu dia free.

2. Memiliki ramai teman wanita

Berhati-hatilah apabila lelaki memiliki ramai teman wanita dibanding teman lelaki. Tipikal lelaki playboy dapat mendekati beberapa wanita dalam satu masa. Jadi jika si dia sering menerima telefon dari wanita, anda harus lebih berhati-hati padanya.Tetapi,ini tidak semestinya tau yang dia sedang permainkan anda.Sebab ,jika  lelaki itu masih menunjukkan commitment dia dengan anda,itu menunjukkan yang sebenarnya perempuan-perempuan itu lah yang suka mendampingi dia tetapi dia tak layan pun.^^

3. Pintar menyusun kata

Mengapa wanita sulit untuk menolak jeratan si playboy? Kerana dia pandai berbicara dan merayu. Dia tahu apa yang harus dibicarakan ketika anda sedang marah, kesal atau sedih. Dia pun akan membuat anda merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan dia lelaki yang baik. Pada saat ini, sesungguhnya dia sedang menipu anda dan mengawal emosi anda.

Dalam banyak-banyak perkara,benda inilah yang paling susah nak detect sebab kita sebagai perempuan memang senang tertipu,Senang cakaplah ye,jika benar lelaki itu sayangkan anda dan ingin sehidup semati dengan anda itu,dia akan buat setiap perkara yang telah dia janjikan dengan telus.Jika dia suka puji anda,maka sampai matilah dia anda selau puji anda sebab anda tetap anda dimata dia.

Sebenarnyakan paling senang nak detect lelaki mulut manis kan adalah melalui laman sosial sebab dia tak kenal kita lagi,so dia akan mulakan operasi ngorat dia denagn memuji-muji..haa....so beware lah ye.

Tapi  jika anda rasa anda memang cantik pada hari itu dan orang lain pun kata anda cantik hari itu,dan apabila si dia juga berkata begitu,jangan pula anda kata dia penipu mulut manis hahaha sebab mungkin apa dia kata itu ikhlas dan jujur.


4. Berbicara banyak tentang fizikal anda

Wanita mana yang tidak suka menerima pujian. Namun jika dia lebih banyak memuji bahagian tubuh anda, maka berhati-hatilah. Dia menginginkan hubungan yang lebih dan sedang cuba mempermainkan anda.

5. Bersikap berbeza di depan teman-teman lelakinya

Ketika berada di depan teman-temannya, lelaki jenis 'player' ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada wanitanya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah ungkapan sayangnya, tapi sekadar ingin menunjukkan kepada teman-teman lelakinya 'ini mangsa baruku'.

6. Sangat percaya diri

Si player memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi. Bagaimana tidak, dia merasa dapat menakluki gadis-gadis yang diinginkan. Lebih dari itu, mereka dapat menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam satu waktu. Itulah yang membuat playboy semakin percaya diri.

Bukan percaya diri,lebih kepada perasan rasanya.hahaha

7. Tidak tertarik dengan hidup anda

Ketika dia bertanya tentang hari-hari anda, belum tentu dia benar-benar mempedulikannya. Mereka membuat seolah peduli, pada kenyataannya tidak. Mereka melakukan ini semua untuk mendapatkan sesuatu. Ketika seorang wanita telah mempercayainya, maka dengan mudah dia akan mendapatkan keinginannya.

8. Menghindari pergi bersama anda

Tentu si player ingin bermain lancar dengan para wanitanya. Sehingga dia memilih menghindari pergi keluar bersama anda. Tapi ada juga jenis player yang sangat licik. Boleh jadi, sebelum pergi bersama anda, dia akan meminta izin daripada wanita lainnya kalau dia akan pergi bersama sepupu atau adik perempuannya. Taktik ini dilakukannya untuk membuatnya lebih selamat untuk bertemu dengan seseorang.

9 - Jarang atau tidak mahu berkongsi kisah cintanya

Sangat jarang untuk seorang playboy berkongsi cerita beliau, terutama kepada 'mangsa' itu. Jika dia berkongsi tentang kisah cintanya pun, dia pasti mempunyai maksud tersembunyi di sebalik tindakan beliau. Mungkin untuk mencari simpati dan bermain dengan perasaan wanita.Eleh, kadang-kadang mereka ini memang jenis yang banyak masalah dengan cinta sebenarya.

10.Banyak beri alasan

Alasan dia memang berjela-jela tak leh itu la,tak leh ini la.Memang alasan lah.Poyo semua tu!

11. Banyak suruh anda dahulukan

Hmmm..harap anda fahamlah dahulukan dari segi apa.


Kesimpulanya,sebagai kaum wanita kita sama-samalah berhati-hati, ok? sebab saya tahu perasaan kena permainkan itu memang sakittttttttt sangat.kan kan kan.Harap-harap lah hukum karma itu memang wujud hahahaha *gelak evil punya style.



Thursday, 19 February 2015

Apa Wanita Sering Fikirkan?





Semua orang mengaku pandai bercinta, pandai berkasih, pandai memainkan kata-kata syahdu. Dan ramai  kita lihat yang couple, berkasih dan bercinta. Ramai juga yang dapatkan rasa kasih sayangnya. Malah  ramai jugalah girls yang akui amat menyayangi kekasihnya.
NAMUN at the end, masih ramai lagi wanita yang dikecewakan. Masih ramai lagi yang pelik dengan perubahan pasangan lelakinya dan hairan dengan cara orang yang disayangi sepenuh hatinya itu sudah  tidak melayan mesra, sudah tidak hiraukannya dan tidak memberi kasih dan sayang secukupnya.
.

10 perkara asas yang agak penting ini adalah untuk ‘MEMAHAMI HATI WANITA’
1. - Apabila wanita berkata, “TAK APA, TAK ADA APA-APA MASALAH” – Jangan terus buat tak tahu, seolah- olah memang betul tak ada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya  mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah  berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.
2. - Apabila wanita TERSENYUM SINIS setelah anda lakukan kesalahan - Anda ingat dia tak tahu? Anda ingat anda sudah terlepas? Hehe… Yes, dia tahu anda menipu! Cuma dia tak mahu bergaduh, tak mahu  menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya, dia amat kecewa dengan sikap anda yang  tidak setia, dan tidak jujur.
3. - Apabila wanita menatap wajah anda bagai SERIBU PERSOALAN - Dia sedang berfikir samada anda akan  terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti. Persoalannya, adakah anda  benar-benar cinta atau ‘sekadar melepas lelah dan batuk ditangga?’
4. - Apabila wanita BERDIAM DIRI - bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah  untuk kebaikan masa depan. Jangan marah, jangan usik mereka di ketika ini sebaliknya berikan masa  itu untuk mereka cool down.
5. - Jika wanita TIDAK MELAWAN - Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju  dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan  mengikut segala keputusan yang dibuat.
6. - Apabila wanita HUBUNGI ANDA SETIAP HARI - Tak faham-faham? Dia tengah giler kat you all la tu. Wanita tidak akan calls any guy just for nothing. Dia call sebab dia berminat, dia suka, dia nak kat you la kan. JADI, kalau anda juga berminat, okay layanlah. Tapi kalau tak berminat, jangan pula layan dan beri harapan palsu!
7. - Soalan lazim, “You ni single lagi ke? You bila nak kahwin? Girlfriend you mana?” - Hehehe…samada dia saja-saja nak tahu status you atau pun, dia sebenarnya ada sikit-sikit berminat untuk mengenali you dengan lebih lanjut. Sembunyikan status you is not a good idea here, ia akan buat girl tu menyimpan harapan. Soalan-soalan sebegini,is obviously the girl nak tahu, samada it’s green or red light to pursue! Faham ke buat-buat tak faham ni? :D
8. - Apabila wanita mulai berkata, “I MISS YOU” - WO! It’s too late to back off, itu bermakna dia amat menyayangi anda. Kalau betul-betul anda sayangkan dia, maknanya anda bertuahlah kerana girls takkan  simply miss any guy. Tapi jika anda hanya anggap dia sebagai kawan biasa. IT’s a good time for you to explain to her…keadaan, perasaan dan hati anda yang sebenar.
9. - Apabila wanita kata, “TAK TAHU SEBAB APA, I RASA MACAM I TAK BOLEHLAH KALAU TAK JUMPA YOU SATU  HARI PUN, RASA MACAM TAK KENA HIDUP INI” - Itu bermakna, dia sedang dilamun cinta yang amat dalam  kepada anda. At this time, this girl hanya fikirkan you. Siang malam very sure, hanya you sahaja  yang diingatinya. So…it’s not a good time untuk hancurkan hatinya di saat ini though…
10. - Apabila wanita MARAHKAN SESUATU YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA - Hehehe…sebenarnya  dia tengah cemburu tu. Mungkin anda ada bercakap dengan wanita lain, atau ada girl lain yang call  you ke, text you, PM kut, or dia baru selongkar your handphone la tu hehe… or ada kena mengena dengan other girls la kan. TAPI dia tak mahu la cakap, sendiri mau ingat  la kan. BUT be cool, relax, janganlah marah. Dan biarkan saja dia lepaskan geramnya.  Later pujuklaa… kalau betul-betul sayangkan dia, promise to her, takkan buat lagi.
** Ini hanya secubit je ni… ada banyak lagi yang perlu anda fahami, banyak lagi yang tertulis di sini. ;)
Being with a woman ni, kita kena ingat satu perkara… BAGI MEREKA, segala-galanya REAL! Jadi apa sahaja jawapan yang anda pilih untuk berikan, untuk anda jawab, kesemuanya akan dianggap sebagai  sesuatu yang REAL atau SERIOUS bagi wanita itu. Where as for guys, sometimes it’s just a joke, atau saja-saja main-main or test power…
  • For example, apabila wanita tanya, “You suka I? You miss I tak?”
So, apa you jawab? -
  • “Ya I do, I suka you!” – “Ya, I misses you a lot” -
Tapi sebenarnya, you all dah ada bini, or dah ada girlfriend pun. Tapi saja-saja suka-suka beri jawapan sebegitu for fun. It’s thrilling isnt it… BUT for girls, it’s a real thing man! At the end, lelaki dah terjebak, or lelaki dah terlanjur manis mulut… akhirnya tersangkut bercinta…sedangkan anda sudah pun miliki yang lain. Jadi, my advise…JANGAN sesekali memberi jawapan dengan mudah-mudah hanya  sekadar untuk menjaga hati wanita atau, suka-suka nak test power. It’ll bite you in the ass later.

sumber :razzirahman.com

You tossed it in the trash, you did.








Jangan beri harapan,
Jika tidak sudi.
Jangan beri harapan,
Jika tidak tunaikan.

Jangan sentuh hati ini,
Jika mahu permainkan.
Jangan sentuh hati ini,
Jika ingin lukakan.

Aku terseksa,
Tidak kau peduli.
Aku lakukan segalanya,
Tidak kau puji.

Hanya kau lihat,
Kekurangan aku.
Hanya lihat,
Kelemahan aku.

Tidak kau mahu persalahkan diri mu,
Tidak kau mahu persalahkan sikapmu.
Kau hanya persalahkan sikap keperempuanan aku ini.

Tidak perlu kau uji kesetiaan aku,
Tidak perlu kau uji sikap cemburuku,
Kerana kau sendiri tahu yang aku memilihmu.

Kau buat ku tewas pada akhirnya,
Ya,Memang aku tidak sempurna.
Ya,Memang aku tidak secantik yang kau harapkan.
Kau buat aku berubah untuk kesenangan matamu.

Jika kau mahu tinggal kan aku.
Tinggallah secara baik.
Tidak perlu bermain tarik tali,
Tidak perlu bermain dengan hati,
Ianya menyeksakan.