FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Wednesday, 13 June 2012

K-pop Haram Atau Tidak?

K-pop atau Pop Korea,merupakan  satu fenomena baru dalam industri muzik dunia dan saya juga tidak dapat menafikan bahawa kebiasaannya pengikut fanatik K-pop ini begitu ramai dan selalunya terdiri daripada kaum wanita.Selain itu,kebanyakan  peminat k-pop juga bukan sekadar hanya meminati suara mereka yang lunak dan merdu itu sahaja, tetapi kerana rupa-paras dan susuk tubuh mereka yang menawan.Biasalah,itu sebenarnya mengikut cita rasa dan hak masing-masing.

Antara kumpulan K-pop yang menjadi kegilaan ialah:


Super Junior
Big Bang
                                     
2 PM
2 AM
BoyFriend
Shinee  dan banyak lagi.

Baiklah,saya akan cuba memberi pandangan saya tentang isu K-pop ini.Adakah K-pop itu HARAM?

Jika kita lihat dan membuka fikiran dan mata kita seluas-luasnya,kebanyakan perkara yang bersifatkan hiburan adalah haram JIKA  kita lalai dalam mengerjakan ibadah kita kepada Allah ,contohnya, kita khusyuk menonton rancangan hiburan seperti Music Bank, Muzik-muzik , The Voice dan sebagainya sehingga kita lalai dan terlupa untuk mengerjakan solat ataupun meninggalkan kerja-kerja yang penting seperti tidak menolong ibu bapa kita apabila mereka memerlukan bantuan kita.

 Kesimpulannya,bagi saya tidak kiralah sama ada anda merupakan peminat K-pop , J-pop , Justine Bieber , One Direction mahupun Siti Nurhaliza sekali pun,hiburan itu akan tetap menjadi haram jika kita lagha atau lalai  kepada perintah Allah.

Ingat kawan-kawan semua !!! Berhibur boleh, tetapi janganlah bersifat berlebih-lebihan kerana takut  nanti dosa lain pula yang datang seperti dosa melihat aurat lelaki dan perempuan dan kalau boleh elakkanlah diri kita daripada hadir ke konsert terutamanya bagi kaum wanita,bukankah tidak manis di pandang bakal ibu mertua anda nanti.Kalau boleh biarlah kita lebihkan sedikit amalan kebaikan berbanding hiburan kerana setiap amalan kebaikan yang kita lakukan sebenarnya  merupakan sesuatu  perkara yang sentiasa  diredhai Allah.

Masih tidak terlambat untuk kita bersama-sama berubah ke jalan Allah.Barakallahu-fikum sahabat semua.


Masih ada ruang lagi untuk kita berubahkan , para soleh dan solehah.


JOM SUBSCRIBE MRTHEALLSHARED !!!
Video mereka amat bermanfaat sekali.

9 comments:

  1. Btul2, klu minat tuh, pndai2 lah kena tnggung...jgn salahkn yg lain nnti...

    ReplyDelete
  2. kalau dgr lagu kpop boleh tak??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum admin...sya ada bca satu blog tarbiah sentap...masa sya bca blog admin dn blog tarbiah sentap kedua2nya pandangan amat berbeza...admin mengatakn boleh mnat tpi jgn berlebihan...tetapi apabila sya membaca blog tarbiah sentap ia mengatakan yg HARAM...sya confuse sama ada HARAM atau Tidak...sya pernah dgar dri org yg ustaz azhar ckp boleh mnat tetapi jgn obses...jdi bgaimana ya admin...

    ReplyDelete
  4. buang je bande lagho.. senang cerita.. dah lalai tu comfirm haram. tipulah kalau tak lalai dengar lagu kpop semua tuu.. manusia takbleh buat dua benda serentak.. fikirkan jelahh.. entri sentap tuh.. siap ada hadis, ayat suci Allah lagii.. kau nak pertikaikan jgk? hm...

    ReplyDelete
  5. Btul tu yang malaysia tu duk tergedik-gedik main tiktok tu tak pulak nak di nasihat, kita cuma suka bukan idola takpe kan kak tapi kawan saya tu dia suka lah duk plastik ii astu sampah ii geram pulak saya hmm terima kasih kak untuk ni

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini