Tajuk ini adalah untuk memberi kesedaran sesama kita sahaja,dan saya juga tiada niat untuk menyindir mana-mana pihak kerana saya juga tidak pernah terlepas daripada tidak membuat kesilapan.
Antara jenis-jenis hijab/tudung yang sedang HOT sekarang ini:
Tudung Siti
Tudung "Easy"
Tudung Obama
Tudung Hana Tajima
Tudung Hoodies
Tudung ????
Tudung Bawal
Pada pandangan saya sebenarnya ,pemakaian tudung mengikut fesyen atau trend sekarang bukanlah satu masalah sebenarnya kerana dengan fesyen tudung yang pelbagai jenis dan gaya ,sedikit-sebanyak telah membuatkan ramai kaum muslimah pada masa kini terbuka hati untuk memakai tudung.Tetapi ,pemakaian tudung juga hendaklah dilengkapi dengan berpakaian menutup aurat.
Apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat?
Firman Allah
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59
Cara Menutup Aurat Dengan Betul.
Cara Menutup Aurat Yang Salah
Yang ini...hmmmm...susah hendak diperkatakan.
Kesimpulannya,janganlah kita sentiasa ingin menghalalkan sesuatu yang haram di sisi Islam.Selain itu,memang tidak salah untuk kita bergaya atau berfesyen kerana sudah menjadi lumrah seorang wanita yang ingin menampakkan dirinya anggun,tetapi biarlah kita membawa nama Islam itu dengan suci dan sebesih-bersihnya supaya agama dan umat Islam tidak dipandang rendah dan diperlekehkan."Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga".
Saya juga percaya bahawa kebanyakan wanita muslimah yang bertudung adalah kerana niatnya yang ingin menutup aurat dan mungkin cara kita sahaja yang salah kerana faktor ingin mengikuti perkembangan fesyen terkini.Masih tidak terlambat juga untuk kita bersama-sama untuk mengubah cara permakaian kita.Insyaallah.Malah,saya juga tahu bukan mudah untuk kita berubah secara mendadak jadi jangan risau ,TAKE TIME!(tapi janganlah lama-lama sangat).Yang penting kita ikhlas.
Saya juga percaya bahawa kebanyakan wanita muslimah yang bertudung adalah kerana niatnya yang ingin menutup aurat dan mungkin cara kita sahaja yang salah kerana faktor ingin mengikuti perkembangan fesyen terkini.Masih tidak terlambat juga untuk kita bersama-sama untuk mengubah cara permakaian kita.Insyaallah.Malah,saya juga tahu bukan mudah untuk kita berubah secara mendadak jadi jangan risau ,TAKE TIME!(tapi janganlah lama-lama sangat).Yang penting kita ikhlas.
Sebenarnya, org yg bertudung labuh tuh mmg nmpak sgt manis...kite slalu sgt tgk dorg...dlm hati trdetik juga nk pkai...tpi, kena kumpulkn kberanian utk buat semua nih...
ReplyDeletebetul tu yayah...stiap apa yang kita lakukan mestilah ada kberanian dan tekad yang kukuh supaya kita ikhlas melakukannya.
Deletehmm. dulu saya pakai tudung ala2 jep.. tapi baju saya labuhkn.. tapi sejak akhir2 ni saya labuhkan lagi hingga melebihi dada.. jika saya pakai baju, semua yang lebih lutut dan gadegan , jika.. baju kurung saya pakai gadegan dan pakai seluar bersama kain..Alahmdulillah..setakat ini saya berasa sangat selamat..walaupun mulanya rimas..sebab kuat juga berpeluh.. tapi Allah tu maha adil dan saksama.. tika ini peluh sudah bekurang.., dulu badan sering gatal2, tapi kini da kian pulih.. bnyak hikmahnya menutup aurat ni.. cuma manusia akhir zaman sahaja yang tak nampak n buta akan kelebihannya..
ReplyDeletepaling saya kelakar, saya di tegur.." tak panas ker"..hmm tak berpeluh ker?.. selebet aku tengok ko ni.. x rimas ker?.. astagfirullah... dalam hati terdetik nak berkata..
"umm soalan cam tak takut dengan ALLAH s.w.t. haiihhh nauzubillah..
This comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum saudari :),alhamdulillah jika saudari sudah mula bertekad untuk berhijrah.Tetapi bisalah ,
Deleteapabila seseorang yang ingin mencari keredhaan Allah pasti ada dugaannya,Ini bermakna Allah sayangkan saudari dan Allah ingin saudari berubah secara berterusan dan sy nasihatkan ,haruslah saudari hadapinya dengan sabar dan tetapkan dengan penghijrahan yang telah saudari lakukan maka anggaplah ini sebagai satu jihad.sy doakan supaya saudari akan menjadi seorang muslimah yang terpelihara dan sentiasa di berkati Allah insyallah ,Amenn~ Terima kasih kerana sudi membaca blog saya :)