FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Monday, 25 June 2012

Tips Awet Muda



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

10 . Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11 . Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.



Barakallahu-fikumm sahabat semua !

Biodata Imam Muda Musim 3


OMAR
NAMA:     OMAR BIN MOHD MOKHTAR
NAMA TIMANGAN:     OMAR
UMUR:     21 TAHUN
TARIKH LAHIR:     28 JANUARI 1991
TEMPAT LAHIR:     KUANTAN, PAHANG
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI SELANGOR
PEKERJAAN:     MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERSILAT, MELUKIS, SENAMAN DAN MENULIS RENCANA
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG BERSEMANGAT TINGGI, SEORANG YANG PERIANG DAN PERAMAH
KELEMAHAN:     SEORANG YANG SENSITIF DAN MUDAH TERKILAN
MAKANAN KEGEMARAN:     KEUY TEOW KUNG FU
MINUMAN KEGEMARAN:     LAICI SUSU
MUZIK KEGEMARAN:     SLOW MUSIC DAN BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:     MAHER ZAIN , MUNIF DAN MAWI
PELAKON KEGEMARAN:     P.RAMLEE
FILEM KEGEMARAN:     PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM
IMEJ / STYLE:     KASUAL DAN T-SHIRT BERKOLAR
WARNA:     HITAM

NAUFAL
NAMA:     ABDUL RAHMAN NAUFAL BIN MOHD HATTA
NAMA TIMANGAN:     NAUFAL
UMUR:     21 TAHUN
TARIKH LAHIR:     8 APRIL 1991
TEMPAT LAHIR:     JOHOR BHARU
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERSUKAN, MEMBACA MAJALAH, MENGULANG HAFALAN AL-QURAN DAN MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:     BERPEWATAKAN MENARIK DAN PEMALU, SEORANG YANG KEMAS DAN ADA KARISMA
KELEMAHAN:     KURANG MAHIR DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
MAKANAN KEGEMARAN:     ROTI
MINUMAN KEGEMARAN:     SUSU
MUZIK KEGEMARAN:     R&B DAN SANTAI
PENYANYI KEGEMARAN:     NAZRI JOHARI, ASRI RABBANI DAN MUNIF HIJJAZ
PELAKON KEGEMARAN:     MATT DAMON
FILEM KEGEMARAN:     BOURNE TRILOGY
IMEJ / STYLE:     KASUAL DAN KEMAS
WARNA:     PUTIH

NAIM
NAMA:     MOHAMMAD AZRI NAIM BIN MOHD KAMAL
NAMA TIMANGAN:     NAIM
UMUR:     21 TAHUN
TARIKH LAHIR:     13 NOVEMBER 1990
TEMPAT LAHIR:     JOHOR BHARU
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERMAIN BOLA SEPAK, BERTARANNUM DAN MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG MESRA DENGAN MASYARAKAT, SEORANG YANG PERAMAH
KELEMAHAN:     PERASAAN MALAS SERING MENYELUBUNGI DIRI
MAKANAN KEGEMARAN:     MEE BANDUNG
MINUMAN KEGEMARAN:     LIMAU AIS
MUZIK KEGEMARAN:     IRAMA PADANG PASIR
PENYANYI KEGEMARAN:     NANCY AJRAM, SABAH FAKHRI DAN JAMAL ABDILLAH
PELAKON KEGEMARAN:     ZAMARUL HISYAM
FILEM KEGEMARAN:     HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:     SMART KASUAL
WARNA:     WARNA CERAH DAN ELEGANT (HITAM)



NASIR
NAMA:     MUHAMMAD NASIR BIN M.YAKUB ISMAIL
NAMA TIMANGAN:     NASIR
UMUR:     26 TAHUN
TARIKH LAHIR:     3 MAC 1986
TEMPAT LAHIR:     PANGKALAN SUSU, INDONESIA
PENDIDIKAN:     PANGKALAN SUSU, INDONESIA
PEKERJAAN:     GURU AL-QURAN
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     MEMBACA BUKU, MELAYARI INTERNET & BERMAIN BADMINTON
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG SELALU MENJADI IMAM DI MASJID, SERING MENEGUR SAPA DENGAN SESIAPA YANG DITEMUI, SEORANG YANG LEMAH LEMBUT.
KELEMAHAN:     MUDAH PERCAYA ORANG LAIN, BAHASA ARAB DAN INGGERIS
MAKANAN KEGEMARAN:     SATAY KACANG
MINUMAN KEGEMARAN:     JUS ALPUKAT
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID
PENYANYI KEGEMARAN:     SAMI YUSOF
PELAKON KEGEMARAN:     DEDI YUSUF
FILEM KEGEMARAN:     FILEM ROMANTIK
IMEJ / STYLE:     SMART, KEMAS DAN REALIGI
WARNA:     COKLAT DAN HIJAU MUDA
MEGAT
NAMA:     MEGAT MOHD ZAID BIN MEGAT AZMUDDIN
NAMA TIMANGAN:     MEGAT
UMUR:     26 TAHUN
TARIKH LAHIR:     19 NOVEMBER 1986
TEMPAT LAHIR:     GERIK, PERAK
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR
PEKERJAAN:     TIDAK BEKERJA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG (BARU TAMAT BELAJAR)
HOBI:     BERBUAL BERSAMA KELUARGA, BERMAIN BOLA SEPAK, MELAYARI INTERNET DAN MEMBACA BUKU
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG PERAMAH DAN MUDAH DIDEKATI
KELEMAHAN:     KADANG-KADANG PELUPA
MAKANAN KEGEMARAN:     AYAM MASAK MERAH
MINUMAN KEGEMARAN:     TEH O AIS LIMAU
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID TRADISIONAL DAN KONTEMPORARI
PENYANYI KEGEMARAN:     MAHER ZAIN , OPICK DAN HAFIZ HAMIDUN
PELAKON KEGEMARAN:     JOHAN
FILEM KEGEMARAN:     KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:     KASUAL DAN BERJUBAH
WARNA:     HITAM, PUTIH DAN BIRU

JABAR
NAMA:     ABDUL JABBAR B. MOHAMMED KAHAR
NAMA TIMANGAN:     JABAR
UMUR:     28 TAHUN
TARIKH LAHIR:     30 JANUARI 1984
TEMPAT LAHIR:     KAJANG, SELANGOR
PENDIDIKAN:     AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
PEKERJAAN:     PENOLONG PENSYARAH
STATUS PERKAHWINAN:     BERKAHWIN
HOBI:     BERSUKAN, MEMBACA, UPDATE BLOG DAN AKTIVITI LASAK
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG SERING DIBERI JEMPUTAN UNTUK BERCERAMAH DAN KULIAH
KELEMAHAN:     TIDAK BOLEH MEMBACA PADA KADAR WAKTU YANG LAMA
MAKANAN KEGEMARAN:     NASI GORENG
MINUMAN KEGEMARAN:     BARLI
MUZIK KEGEMARAN:     KONTEMPORARI
PENYANYI KEGEMARAN:     MAHER ZAIN / KUFFI / JAMAL ABDILLAH
PELAKON KEGEMARAN:     NASIR BILAL KHAN
FILEM KEGEMARAN:     KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:     BERJUBAH DAN BERKOPIAH
WARNA:     HIJAU

HAFIZ

NAMA:     MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL KADIR
NAMA TIMANGAN:     HAFIZ
UMUR:     27 TAHUN
TARIKH LAHIR:     23 SEPTEMBER 1984
TEMPAT LAHIR:     KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI MALAYA
PEKERJAAN:     MAHASISWA / IMAM MASJID
STATUS PERKAHWINAN:     BERTUNANG
HOBI:     MEMBACA BUKU AGAMA, BERMAIN BADMINTON DAN BERSENAMAN
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG PERAMAH DAN MUDAH DIDEKATI, SEORANG SUKA MENEGUR ORANG LAIN
KELEMAHAN:     SEORANG YANG MUDAH MERAJUK
MAKANAN KEGEMARAN:     MEE HON TOM YAM
MINUMAN KEGEMARAN:     MILO AIS
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID DAN BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:     MAHER ZAIN , USTAZ ASRI DAN SAMI YUSOF
PELAKON KEGEMARAN:     ROSYAM NOR
FILEM KEGEMARAN:     BULI
IMEJ / STYLE:     BAJU KEMEJA
WARNA:     BIRU

FARIS
NAMA:     SYED MOHD FARIS BIN SYED ROSLAN
NAMA TIMANGAN:     FARIS
UMUR:     26 TAHUN
TARIKH LAHIR:     20 SEPTEMBER 1986
TEMPAT LAHIR:     HOSPITAL BESAR IPOH
PENDIDIKAN:     DARUL QURAN JAKIM
PEKERJAAN:     GURU
STATUS PERKAHWINAN:     BERKAHWIN
HOBI:     BERMAIN BADMINTON DAN SEPAK TAKRAW, MELAYARI INTERNET
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG PERAMAH DAN MUDAH BERGAUL DENGAN SESIAPA
KELEMAHAN:     SEORANG YANG BANYAK MERAPU
LAKSA DAN ROJAK BUAH:     NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:     BANDUNG DAN TEH TARIK
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID DAN KITARO
PENYANYI KEGEMARAN:     HAZAMIN (INTEAM), AZWAN (FAR EAST) DAN MUNIF HIJJAZ
PELAKON KEGEMARAN:     AFDLIN SHAUKI DAN SAIFUL APEK
FILEM KEGEMARAN:     KL GANGSTER
IMEJ / STYLE:     BAJU RAIHAN DAN JUBAH
WARNA:     OREN

ARRAZI
NAMA:     FAKHRULRAZI BIN IBRAHIM
NAMA TIMANGAN:     ARRAZI
UMUR:     25 TAHUN
TARIKH LAHIR:     26 SEPTEMBER 1987
TEMPAT LAHIR:     PULAU PINANG
PENDIDIKAN:     INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN-SU) MEDAN, INDONESIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA / GURU SEMENTARA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERMAIN BOLA SEPAK, BACA KITAB FIQH DAN SEJARAH ISLAM, MELAYARI INTERNER (FACEBOOK)
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI OLEH ORANG, SEORANG PERAMAH, SEORANG YANG MUDAH SENYUM DAN MENEGUR ORANG SEKELILING
KELEMAHAN:     SUKA MENGKRITIK ORANG WALAU DALAM HAL-HAL YANG REMEH
MAKANAN KEGEMARAN:     NASI KAMPUNG ULAM
MINUMAN KEGEMARAN:     JUS AMRA DAN ASAM BOI
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID, JAZZ, POP BALADA DAN SLOW ROCK
PENYANYI KEGEMARAN:     WEST LIFE, SAMI YUSOF, YUSOF ISLAM DAN MAHER ZAIN
PELAKON KEGEMARAN:     SAHIEZY SAM
FILEM KEGEMARAN:     HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:     SANTAI DAN KEMEJA LENGAN PANJANG
WARNA:     UNGU DAN HIJAU DAUN PISANG

ADAN
NAMA:     MUHAMMAD RAMADHAN SUBKY
NAMA TIMANGAN:     ADAN
UMUR:     25 TAHUN
TARIKH LAHIR:     5 MEI 1985
TEMPAT LAHIR:     KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI ISLAM NEGERI SYARIF HIDAYATULLAH, JAKARTA
PEKERJAAN:     PEGAWAI AGAMA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     MENUNGGANG KUDA, MENDAKI GUNUNG, BERENANG DAN FUTSAL
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG MUDAH BERGAUL DENGAN MASYARAKAT
KELEMAHAN:     KURANG PENGETAHUAN TENTANG FAKTA DAN SEJARAH
MAKANAN KEGEMARAN:     NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:     OREN SUSU
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID BALADA
PENYANYI KEGEMARAN:     AZWAN FAR EAST, BAZLI UNIC DAN FAKHRUL RAZI UNIC
PELAKON KEGEMARAN:     -
FILEM KEGEMARAN:     KETIKA CINTA BERTASBIH
IMEJ / STYLE:     BAJU MELAYU DAN JUBAH
WARNA:     BIRU TURQOISE

Chef Adu Amran Hassan



Name: Adu Amran Hassan
Age: 35
Hometown: Kluang, Johor
Education: Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang, Malaysian Institute of Art, Stamford College
Occupation: Chef-Patron, Champor-Champor
Current base: London
Years abroad: 8
Sometimes the secret to success is simply to just do it. That’s what chef Adu Amran Hassan did eight years ago when he packed up and shifted to London. His goal was to move the already thriving Langkawi based Champor-Champor restaurant to Europe. Today the Malay-Asian restaurant is flourishing, making it to the list of every credible publication – Time Out, The London Restaurant Review, The Hardens Guide and The Zagat Survey, among others.
“Looking back, it was a big gamble,” says Amran who was in Kuala Lumpur recently. “I liked the idea of going somewhere where I was totally alone. That’s the biggest challenge one can take.”
Challenges, however, appear to be something that Amran enjoys. After completing his SPM, Amran initially wanted to be a dancer. He performed with the Petronas Performing Arts Group and explored a bit of television acting. But being a person who relishes change, Amran was also contemplating his future. He had been dancing since his school days and pondered what would happen if he couldn’t dance any more.
At the time he was living in KL, away from his hometown of Kluang, Johor.

“I was living with friends and started cooking for my flatmates,” he says. “I began inviting friends and the parties grew in size until someone suggested ‘why don’t you open a restaurant?’ That gave me the idea.”
Amran was studying Graphic Design at the Malaysian Institute of Art at the time but decided that this was not his future. He then took up culinary studies at Stamford College.
It was always his intention to open his own restaurant. In 1994, Amran sold his flat and used the money to open Champor-Champor in Langkawi with Charles Tyler.
“Part of the course involved practical training but I wanted to work in my own kitchen, so I didn’t do it,” he laughs. “I went back to college after three years and said ‘you have to give me my certificate now because I have proven myself.’”
Amran decided to move to Langkawi because he enjoyed the peaceful atmosphere there. But after two and a half years, the island was no longer peaceful as more development took place. He then decided to sell the restaurant.
The interior of Champor-Champor in London.
“I came back to KL for about a year. I decided that I wanted to continue the restaurant but not in KL.”
London was the obvious choice for him since language would not be a barrier and he was more familiar with England compared to other parts of Europe. Amran also counts himself lucky because he managed to sell his restaurant just before the economic crisis hit Malaysia. It was a gamble, he says.
“Had I known there were so many restaurants in England, I don’t think I would have jumped into it,” he laughs. “Sometimes it’s good not to know and just do it.” (London has about 8,000 restaurants, excluding take-aways).
For the first couple of years, Amran worked in a restaurant to accustom himself to the restaurant culture in London. You can’t just jump into another restaurant, he says, you have to see how people work there. And in 2000, he opened Champor-Champor in London. The name, which means mix and match in Bahasa Malaysia, describes the concept of the restaurant. It is fusion but with a twist. Instead of the usual East-West mix like it was in Langkawi, Champor-Champor in London embarked on an East and East concept.
“Malaysian food in itself is already fusion,” he says. “So we combine Chinese and Japanese or Japanese and Indian.”

The restaurant, which is located a stone’s throw from the London Bridge station, has since become the favourite of numerous British celebrities. Singer Marc Almond and fashion designer Zandra Rhodes are frequent visitors. For three years running, Champor-Champor has been rated byHarden’s Guide to London Restaurants as the best overall restaurant in the £30 – £39 category. The restaurant scored highly on the Zagat London Restaurants 2005 guides for food, decor and service. The guides also gave it the top rating in the Asian food category.
Amran and his partner wanted a place that was cheap, which they could do up themselves. The initial investment for the restaurant in Langkawi was RM90,000. For the one in London, they invested £50,000 (about RM200,000 at the time).
“We didn’t have enough capital and we were lucky to find this place because we didn’t have to pay a premium.”

Anyone looking to open a restaurant today will have to invest at least £150,000 (RM1.09mil) he says, but Amran managed to keep to a budget as many of the things he had used at his restaurant in Langkawi were shipped over.
To those who are contemplating embarking on a similar venture, Amran cautions that it is hard work. “There are two types of businesses that don’t make money: airlines and restaurants. If you want to be successful, you can be but it is hard work. If you think of working just eight hours a day, forget it.”
Those who aspire to enter the restaurant business should also expect to get their hands dirty. “Money may buy good chefs,” he says, “but if you know nothing about the kitchen you won’t know if your chef is doing the right thing.”
In Champor-Champor, Amran and Tyler, who handles the front of the house, employ a hands-on approach. Good management, Amran says, is integral to a successful restaurant. “If a waiter makes a mistake, you can’t blame that person without the manager being there. I have to blame myself. It’s down to management.”
Even down to looking presentable. “In our restaurant, we don’t do uniforms so if the waiter comes to work with his shirt crumpled, I would ask him to go and iron his shirt. If you don’t look good, then you are not ready to work.”
Having made it to the top restaurant guides, the challenge for Amran now is to ensure that his restaurant stays there.
“You have to keep at it,” he says. “You have to see whether you can keep those ratings and the restaurant guides give ratings for everything from ambience to service.”

Food critics in London usually come to restaurants incognito, which means that consistency has to be there. Encouraged by the success of the restaurant, Amran is now in the midst of compiling a book of recipes. While the essence of the food is Malay, Amran has explored numerous combinations which set his restaurant apart from others.
“What we’re doing at Champor-Champor is pushing the boundaries of Malaysian food,” he says. The book will follow a similar formula. Although it has already generated some interest from publishers, Amran wants to complete the book first to ensure that he has control over it.
Amran was encouraged to write the book by the people he cooked for.
“I was encouraged by my guests,” he says. “People who loved certain dishes use to ask for recipes and I would give it to them. I don’t mind sharing and in a book, you can share with everyone.”
Things are certainly looking up but Amran’s secret to success is pretty straightforward.
“You have to want to do it,” he says. “You have to be truthful to yourself and work very hard. I believe the harder you work, the luckier you are. You cannot be lucky without working hard.”
Champor-Champor is located at 62-64 Weston Street, London. Further information on the restaurant is available at www.champor-champor.com.




  • Maaf  kerana tiada sarikata  dalam Bahasa Malaysia.

  • Sumber: http://thestar.com.my
  •                : http://www.chefaduamran.com/



  • Sunday, 24 June 2012

    Cara Untuk Menjadikan Kulit Bersih,Lembut Dan Cerah

    Kulit bersih,lembut dan cerah sememangnya menjadi idaman setiap wanita di dunia ini .Pelbagai cara boleh kita lakukan seperti rawatan lazer , suntikan vitamin C dan sebagainya.Maklumlah ,zaman kita kan sudah menjadi  bertambah  moden jadi,produk seperti ini semestinya mendapat sambutan yang hangat daripada kaum hawa yang ingin kelihatan cantik, kerana kebanyakan produk sebegini amat mudah didapati dan lebih komersial tetapi ingat !!! rawatan ini memang memerlukan modal yang besar.Tetapi masih ada ker cara untuk menjadikan kulit bersih,lembut dan putih dengan menggunakan modal yang kecil? Sudah tentulah ada.


    Cara Untuk Menjadikan Kulit Bersih,Lembut Dan Cerah:

    1.Anda boleh menggunakan produk BUNGA TANJUNG ini sebagai lulur di muka atau di badan.Tetapi anda perlulah kerap memakainya supaya lebih mujarap kesanya.Memanglah bau produk ini  tidak berapa menyenangkan tetapi selepas anda membersihkan wajah anda daripada lulur ini ,pastikan anda bersihkan wajah anda sekali lagi dengan menggunakan pencuci muka.Harganya RM 3.00 sekotak yang mempunyai dua paket.


    Atau

    2.Selain itu,anda juga  boleh menggunakan produk BUNGA RAMBAI  ini sebagai lulur di muka atau di badan.Langkah pemakaiannya juga lebih kurang sama  dengan produk BUNGA TANJUNG itu tadi.Kelebihan produk ini pula adalah baunya tidak lah sekuat bau produk BUNGA TANJUNG .Tetapi,sebenarnya saya memakai kedua-dua produk itu sekali sebab inginkan keberkesanan yang lebih.hehehe.Tak caye cer cuba!Harganya bawah dari RM 5.00 tak silap saya untuk dua atau tiga paket .


    Atau 

    3.Jika anda tidak percayakan produk luar kerana takutkan kesan sampingannya,cara ini adalah amat sesuai untuk anda dan ia juga amat berkesan mujarapnya,iaitu dengan membuat lulur sendiri menggunakan beras anda dirumah.

    Cara-cara:
    • Ambil segenggam beras atau terpulang pada anda tentang kuantitinya.
    • Rendam beras anda  sebentar tetapi lebih elok semalaman.
    • Tapiskan beras anda.
    • Gorengkan beras anda tanpa minyak sehingga kekuningan.
    • Sejukkan beras yang telah di goreng.
    • Kisar beras tersebut sehingga halus.
    • Tapiskan beras yang telah dikisar untuk mendapatkan beras yang halus.
    • Cara pemakaiannya adalah sama seperti cara pemakaian lulur yang lain.
    • Lebihan lulur beras tersebut hendaklah disimpan ditempat yang kering supaya tidak mengundang bakteria.


    Atau

    4.Bedak sejuk juga boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.Tak caye cer cuba!
    Lagipun bedak sejuk ini  adalah rahsia kecantikan peninggalan nenek moyang kita sendiri dan ia juga tidak memerlukan kos yang besar untuk membelinya.Murah jer.


    Atau

    5.Jika anda tidak mahu mengeluarkan sebarang modal untuk kecantikan wajah ,anda juga boleh menggunakan cara ini bagi  mendapatkan  kulit yang cerah ,bersih dan lembut.Daripada kita membazirkan air beras itu ,lebih baik jika  kita gunakan ia untuk membasuhkan wajah kita supaya kelihatan lebih cerah dan lembut.




    Selamat mencuba sahabat-sahabat semua .Barakallahu fikum.






    Monday, 18 June 2012

    Penyakit SLE



    Apakah itu SLE?

    SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

    Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

    Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

    “Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

    Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

    “Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

    Punca-punca
    Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
    Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.
    Gejala-Gejala SLE
    - Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
    - Rasa lesu 50 peratus.
    - Demam yang tidak tentu
    - Pecah-pecah mulut
    - Masalah kulit
    - Buah Pinggang
    - Sistem Saraf
    - Gugur rambut
    - Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
    - Kiraan darah putih yang rendah
    - kiraan platelet rendah
    - Sawan
    - gangguan urat saraf.
    Perhatian
    Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

    Diagnosis

    Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
    Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

    Rawatan
    - Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
    Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
    Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
    - Pengubahsuaian gaya hidup.
    Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
    - Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
    Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
    - Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
    - Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
    - Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

    Ya Allah, baru saya tahu tentang kewujudan penyakit ini.

    SUMBER:http://jejariruncing.blogspot.com ( semoga rakan kak elia kembali sembuh ,insyaallah )