FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Sunday 10 June 2012

Aku Tanpa Cintamu

Cinta itu memang indah kerana perasaan kasih sayang dan cinta kepada seseorang itu merupakan satu kurniaan Allah yang amat istimewa dan agung sekali.Sungguh saya tidak dapat menafikan keistimewaan dan keberkesanan cinta itu sendiri kerana sememangnya dengan hanya cinta ,ia dapat mengubahkan  segala-galanya dalam kehidupan seseorang.

Tetapi sebenarnya, tidak semua orang dapat memperolehi cinta itu dengan mudah kerana ada yang cintai seseorang  secara diam-diam ,ada yang cintanya  bertepuk sebelah tangan atau cinta tidak kesampaian dan ada juga cintanya terhalang.Cinta-cinta sebegini memang amat memeritkan dan amat menguji diri kita.

Tetapi janganlah kita anggap segala dugaan dan cabaran ini adalah penamat untuk kita mencari cinta sebenar yang telah ditakdirkan oleh Allah kerana sang jejaka  soleh dan  gadis solehah itu pasti akan kamu temui pada suatu hari nanti.Percayalah dan yakinlah ,kamu pasti akan menemuinya nanti kerana Allah telah mengaturkan jodoh kita  dengan sebaik-sebaiknya.

Jika anda masih bersedih atas nasib yang menimpamu,anggapkan sahaja setiap titik tangisan itu seperti hujan kerana walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda juga dan sudah tentu akan timbul pelanginya juga.





Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa

Menafikan kasih ku kepada mu



Kau sungguh indah di mataku

Satu antara seribu 

Dan aku pasti bahawa kau 
Adalah lelaki pertama yang menawan hatiku selama ini


Kau sentiasa hadir  dihatiku dan fikiranku

Satu antara seribu 

Sememangnya kau 
Tiada tara di dunia



Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir yang telah ditentukan 



Mungkin kita kan berbeza haluan pada suatu hari kelak

Maka berakhirnya cerita percintaan 

Tetapi 
Segalanya adalah ketentuan tuhan






0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini