Assalamualaikum and Hola my readers!<(_ _)>
Tira tahu ianya agak lama tira tidak update blog,so Tira harap pada entree kali ini dapat menjadi tips yang amat berguna kepada anda semua.
Nowadays sememangnya ramai yang amat gemar pada green tea , especially milk shake green tea. kan?
ʕ ▀ ڡ ▀ ʔ
So hari ini why not if we turn it from a milkshake green tea to a MASKER? hehehe
Let do it !!! ୧ʕ ◕ o ◕ ʔ୨
Bahan-bahan:
1. Beras
2.Susu segar
3.Green Tea
1.Green Tea - Dapat mengatasi kulit kering dan mengekalkan kelembapan pada kulit.
2.Beras - Dapat mencerahkan kulit dan memberikan kelembutan pada kulit wajah.
3.Susu - Merupakan perbersih wajah yang tepat.Susu menbantu dalam mencerahkan kulit , mencegah penuaan dan mengecilkan pori-pori wajah.
Cara-cara:
1. Gorengkan beras tanpa minyak sehingga kekuningan tetapi tidak terlalu masak. ( Basuhkan beras terlebih dahulu )
2.Kisarkan beras yang telah digoreng sehingga halus.Tapiskan serbuk beras tersebut bagi mendapatkan tekstur yang halus. ( Tapis berkali-kali )
3. Kemudian letakkan serbuk beras ke tepi. Kisarkan pula green tea dari uncang teh sehingga teh menjadi halus macam serbuk.
4.Campurkan serbuk green tea dan serbuk beras yang dikisar tadi mengikut portion yang anda inginkan.
5.Masukkan susu kedalam adunan tadi mengikut kesesuaian dan dapat tekstur yang cair dan likat iaitu bersesuaian untuk dijadikan lulur di muka.
6.Letakkan adunan tersebut kedalam peti sejuk seketika sebelum memakainya.
7. Pakai dimuka dan biarkan sehingga masker mengeras lalu membasuhnya menggunakan air suam sambil menggosok-gosokkan wajah anda dengan ramuan yang telah dibasahi air tadi.
Selamat mencuba ! (^(エ)^)
0 12 Kurma manis:
Post a Comment
Manisnya Kurma ini