FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Monday 6 May 2013

UiTM Kedah Di Hati Ku


                           
                                                         

Assalamualaikum  kawan-kawan , pada kali ini Thira nak ceritakan sikit sepanjang  pengalaman Thira di UiTM Merbok,Kedah. Thira harap dengan post  kali ini dapat membantu adik-adik yang bakal mendaftar di UiTM Kedah, maklumlah keputusan UPU pun tak lama lagi bakal keluar,so dapat lah adik-adik tahu environment sebenar di sana.



Pertama sekali ,Thira nak memperkenalkan Rektor di UiTM Kedah iaitu Prof Madya Dr Haidar Dziyauddin .Tanpa beliau siapalah kami di UiTM Kedah ini. 


Ok,now we  back to our topic.Sebelum  Thira tunjukkan tempat- tempat di sekitar  Uitm Kedah,Thira akan ceritakan sedikit tentang pengangkutan dan tempat-tempat yang anda boleh pergi untuk membeli-belah.

Untuk mendapatkan perkhidmatan teksi sangat mudah disana sebab dihadapan Uitm ada perkhidmatan teksi disediakan.Tambang yang diperlukan hanyalah RM 15.00 ,itu dikirakan sangatlah murah berbanding teksi-teksi diluar sana .Selain itu, bagi anda yang ada lesen memandu ,anda juga boleh menyewa kereta dan tempat perkhidmatannya juga tidaklah jauh ,hanya di hadapan Uitm sahaja.

Dan tempat-tempat yang anda boleh 'hang out' sudah tentulah di Sungai Petani.Anda boleh pergi ke Central Square,Amanjaya,Village Mall,Tesco dan banyak lagilah.Dan gerai-gerai makan pun terletak dihadapan Uitm sahaja..Hmmm...ini sudah terbukti yang UiTM Kedah ini bukanlah di ulu sangat.So,don't worry ok.

Disini terdapat beberapa gambar yang sempat Thira ambil sepanjang disana :


                                     


Ini adalah pintu masuk Uitm Kedah. Mesin ATM terletak berhampiran dengan pintu masuk.


Bangunan HEA- di sinilah terletaknya sebahagian  kelas dan pejabat pensyarah.


Bangunan Perputakaan Sultan Badlishah.


Ini laluan ke Dewan Perdana - merupakan dewan
 terbesar di Uitm Kedah.


Dewan Sarjana 1 & 2 .


Pusat Islam - berhampiran dengan Dewan Perdana.

                                                     

Faculty Art & Design 

   

Kolej Masria 1 - kolej siswi. Sebenarnya terdapat 3 kolej siswi iaitu Masria ,Mahsuri dan 
Murni( kebiasaannya senior ) dan kolej bagi siswa adalah Kolej Malinja.


 Pandangan dari Bangunan TEC / Pentadbiran.


UiTM Kedah A Walk to Remember


Akhir sekali, bagi adik- adik yang telah terpilih sebagai mahasiswa dan juga mahasiswi 
UiTM Kedah ,TAHNIAH  dan SELAMAT DATANG  Thira ucapkan.Semoga berjaya  di dunia dan diakhirat Thira doakan, In syaa Allah~AMIN.  Dan ingatlah ,jangan sesekali anda sia-siakan peluang yang telah Uitm berikan kepada anak-anak melayu dan ingat bertapa bertuahnya anda yang terpilih.

SELAMAT MENUNTUT ILMU

14 comments:

  1. Thx 4 the info sis. Really helpful. Brdebar2 nk msuk c2. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome dear :) ,may i know which course are u register.btw sbelom akq trlupa akq ucapkan congrats and welcome to Uitm Merbok,hope u enjoy and happy living at merbok.nice to know u also.

      Delete
    2. thx kak. sye amik diploma prakaunan.
      nice to know u too, sis. btw, kalo sye nk tau lg ttg uitm ni, sye nk tnye akak kt mne ek?

      Delete
    3. Alin bleh tnyer akq melalui fb akq (https://www.facebook.com/HiraHitsumi)
      or melalui page akq.nnti klau akq da approve kmu trus ja inbox akq yer.and skali lagi tahniah kat kmu dan slamat mnjalani MDS .

      Delete
  2. wah...terima kasih dgn perkongsian ni kak...sy dpt study kat uitm merbok...cari2 punya cari,jumpa la blog akak...thanks sbb bg view uitm merbok... :) sy kos sarjana muda pengurusan perniagaan (pengurusan operasi) :)

    ReplyDelete
  3. hai,salam.. :) mimi dpt kos sma dgn hira,smoga kta brjumpa ari sabtu nie ari pndftaran.. btw umo kta sma tp mimi lmbt 1 sem mybe.. :(
    harap dpt tnjuk ajr dr hira..

    ReplyDelete
  4. good info kak. nnt boleh la akak bwk pusing2 satu uitm. haha

    ReplyDelete
  5. macam mana nak hubungi pihak HEA?sy perlu call hea untuk tanya hal berkaitan yuran.ada no.telefon pejabat hea x?kalau nak hantar surat kat hea pulak kena guna alamat uitm atau kna nyatakan sekali hea?

    ReplyDelete
  6. sory sebab tanya soalan kat sini.tapi memang terdesak ni.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum akak. saya nak tanya kalau macam surau/masjid kan jauh ke dari dorm? tq :)

    ReplyDelete
  8. waalaikumuslm adik,maaf terlamabat,ye dorm prempuan dan masjid utama memang jauh,ttpi stiap kolej ad surau nya sendiri ^^

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. .https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini