FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Thursday, 11 April 2013

Ya Allah Aku Tidak Ingin Sendiri ,Bila Cinta Akan Hadir?




"Setiap hari aku menunggu, tanpa sesekali berhenti mengharap,
tetapi hari demi hari ,minit demi minit dan saat demi saat,
segala harapan yang aku curahkan akhirnya memakan hati aku sendiri.
Mungkin jodoh aku sudah mati atau mungkin aku ini ditakdirkan untuk hidup bersendirian dan tidak akan ditemani oleh seseorang yang bergelar kaum adam. Ya Allah,sesungguhnya aku tak ingin sendiri"

Cinta.Setiap orang inginkan dan impikan  pengalaman bercinta.Tetapi,tidak semua insan  sudah berjaya  menemui cinta sejati mereka.

Betulkah jodoh sesetengah orang tu tiada?

Tidak sama sekali kawan-kawan.Kerana Allah itu maha adil,Allah tahu bahawa hambanya tidak boleh hidup bersendirian dan sebab itulah kita ditakdirkan untuk hidup berpasangan dimuka bumi yang indah ini.Ingat ,kawan-kawan jangan sesekali kita ragui janji Allah pada kita .

Tetapi bila cinta akan datang?

Cinta sebenarnya akan datang bila-bila masa sahaja,tetapi kadang kala kita  sahaja tidak sedar tentang kehadirannya.Kerana mungkin dalam proses kita mencari cinta tanpa kita sedari kita telah pun mencuri hati seseorang.

Bagaimana pula jika saya tiada langsung  peminat dari golongan  kaum adam?

Saya tahu mesti ramai di antara kaum hawa yang masih lagi single berfikiran sebegitu kerana atas faktor anda tidak lawa,gelap,tembam,rendah,tidak bijak dan sebagainya.

Betulkah hanya disebabkan itu anda tiada peminat dari kaum adam?  Hmm...sebenarnya semua itu hanyalah perasaan kita sahaja,bagaimana anda boleh tahu yang anda  tiada langsung peminat dari golongan kaum adam?Adakah anda benar-benar yakin dengan kenyataan anda itu?
Hah,kan da gagap!!! Hehehe.Maaf-maaf saya bukannya nak buat anda terkedu tapi itu kenyataan kenkawan.

Sebab cita rasa setiap kaum adam ini berbeza-beza kenkawan dan cara mereka meluahkan atau menyatakan perasaan cintanya terhadap seseorang pun berbeza.

Ada sesetengah kaum adam,mereka lebih suka melihat wanita itu dari jauh terlebih dahulu dan ada sesetengah dari itu pula lebih suka menyatakan perasaan mereka,atau dalam kata lain suka berterus terang.

Kadang kala tindakan atau kelakuan seorang lelaki ini kenkawan,amat sukar untuk dijangka ,janganlah terkejut jika ada seseorang lelaki datang dan menyatakan  perasaan cintanya terhadap anda secara tiba-tiba.Malah,orang yang meluahkan perasaan itu pula bukanlah dari orang yang anda sangka-sangkakan.

Tetapi , jika anda ada sukakan seseorang janganlah anda berdiam diri sahaja kerana setiap nikmat atau anugerah yang Allah turunkan kepada hambanya itu hendaklah dimulakan dengan usaha ,doa dan tawakkal.Ingat kenkawan !!! Ketiga-tiga ini amat penting dalam apa jua perkara yang anda ingin lakukan.Kerana bulan tidak akan sewenang-wenangnya jatuh ke riba.

Apa yang saya perlu lakukan?

1.Lengkapkan sifat kerohanian anda.

Jodoh yang baik untuk insan yang baik.Walaupun,ada sesetengah orang mengatakan kenyataan ini tidak boleh dipakai,tetapi bagi saya ini adalah kenyataan.Kerana jika baik hubungan kita dengan Allah maka setiap nikmat atau anugerah yang Allah kurniakan pada kita adalah yang terbaik.

2.Ubah gaya penampilan diri.

Jika sebelum ini penampilan anda tidak kemas ,tidak sopan dan tidak menarik,berusahalah untuk mengubahnya kearah yang kemas,sopan dan ada daya tarikan.Malah,tidak salah juga untuk anda belajar bergaya mengikut trend.Tetapi,ingat!!! Janganlah berubah dari positif ke negative.

3.Latih diri untuk menjadi seorang yang peramah.

Jadi peramah ini amat penting supaya tidak dapat melihatkan yang kita ini seorang yang sombong.Kalau anda tidak mahu menjadi seseorang yang rajin menegur orang pun tidak mengapa kerana  senyum pun sudah memadai.

4.Jaga tingkah laku.

Setiap tingkah laku anda haruslah sopan kerana sesetengah kaum adam tertarik dari segi tingkah laku seseorang wanita.

5.Belajar untuk menjadi seorang wanita yang istimewa dimata seorang lelaki.

Hmm…yang ini jika anda mahu menjadi seorang wanita yang istimewa.
Anda perlulah tanya diri anda sendiri tentang kelebihan yang anda miliki.Kerana setiap kelebihan yang anda miliki itu adalah sinaran yang dicari dimata kaum adam.

Keistimewaan itu bukanlah dari segi bakat yang anda miliki seperti menyanyi , menari dan sebagainya.Tetapi kelebihan itu adalah dari segi tahap kebijaksanaan kita memelihara diri kita,menjaga maruah diri dan keluarga dan prihatin dalam menguruskan urusan dirumah.Dan janganlah terkejut jika anda sudah berjaya dalam perihal sebegini,akan ada seorang kaum adam datang kepada anda dan berkata “Awak wanita yang terpelihara”.



Kesimpulannya,marilah kita bersama-sama bersangka baik terhadap takdir yang telah Allah tentukan pada kita,munkin sesuatu nikmat itu hadir lambat kerana ada hikmah disebaliknya.

Akhir sekali,usaha dan doalah wahai kenkawan sesungguhnya Allah mendengar setiap permintaan dan tangisan kita.Ingat lah, setiap orang mempunyai kecantikan yang tersendiri dan Allah telah pun tetapkan jodoh bagi setiap hambanya.Maka kita hanya perlu bersabar sambil diiringi dengan doa yang tidak putus-putus.Insyaallah.




0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini