“Berbezalah dengan kaum musyrikin,peliharalah
janggut dan cukurlah kumis ,”-Hadis Rasulullah S.A.W.
Hye dan Assalamualaikum readers
^^v
Kalau kita dapat perhatikan pada
masa kini ,ramai sebenarnya lelaki yang suka menyimpan janggut dan jambang.Kadang-kadang
terfikir juga kenapa mereka ingin menyimpan janggut dan jambang ni ,adakah
disebabkan trend atau sunnah?
Sesetengah wanita memang tidak
suka lelaki berjanggut dan berjambang sebab bagi mereka lelaki berjambang ni merimaskan kerana janggut atau jambang mereka
itu kelihatan seperti tidak terurus dan secara keseluhurannya tak macho lah katanya.
Hello!!!! katang k.
hahahaha macam Wolverine gitu.
Bagi Thira lah kan,berdasarkan
kaca mata seorang wanita hehehe.
Lelaki berjambang ni nampak macho
,hensem ,matang,manly,awesome !!! hahaha
Selain itu, para wanita juga kena
tahu apa sebenarnya kelebihan bagi lelaki yang menyimpan dan membela janggut
ni.
1.Sunnah
Berjanggut dan berjambang adalah
amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat,para tabiin dan Salaf
as-Soleh.Rasulullah S.A.W telah menegah
para sahabatnya daripada mencukur janggut
dengan beberapa alasanBaginda telah menisyaratkan setiap lelaki beriman
supaya memelihara janggut dan jambang
mereka .Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut.
2.Malaikhat Menadah Air Wuduk Yang Jatuh Dari Janggut
Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang sahabat yang berjangggut nipis
atau jarang-jarang sekadar sehelai dua.Semasa beliau mengambil wuduk untuk
bersembahyang di Masjid,Rasulullah tersenyum dan memalingkan
mukanya.
Sahabat itu pun mula terasa
hairan dan dia menyangka bahawa Rasulullah S.A.W senyum kerana janggutnya yang nips lalu pada keesokan harinya sahabat tersebut
telah mencukur janggutnya itu dan apabila sahabat terserempak dengan Rasulullah
S.A.W sambil melemparkan senyuman
,Rasullullah tidak memandang langsung
kepada lelaki tersebut.
Lalu beliau bertanya kepada
Rasulullah kerana berasa kehairanan.
“Wahai Rasulullah mengapa hari
ini kamu tidak senyum kepada ku seperti sebelum ini?”
Lalu Baginda menjawab.
“Sebelum ini aku Nampak malaikhat
berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak
lagi ada lagi malaikhat yang menungggu dijanggutmu wahai sahabat”.
3.Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita
Menurut Dr Jamnul Azhar Mulkan iaitu seorang doktor
perubatan dan juga seorang pendakwah,kajian oleh saintis dari
Massachusetts Institute of Technology,Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing
Fact of Human Body mendapati janggut
lelaki mengandungi hormone testoteron yang amat diperlukan bagi
kesuuran wanita ,Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur
wanita.Subahanallah,bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T.
Dengan cara? Belailah janggut
suamimu itu.
4.Menyerlahkan Sifat Kelakian
Seperti yang Thira katakan
sebelum ini lelaki berjambang memang
nampak “manly”.^^