Gambar Hiasan
Assalamualaikum ^^
Pada kali ini Thira nak cuba bincangkan tentang topik para muslimah pada masa kini yang gemar bertudung menutup dagu.
Pertama sekali ,Thira nak konsikanlah pengalaman Thira kerana Thira juga adalah salah seorang daripada golongan yang memakai tudung sebegitu.
Sebelum pemakaian tudung sebegitu menjadi fenomena,Thira telah terlebih dahulu menjadi fenomena pelik di kampus hahaha.
Mungkin mereka tidak pernah melihat pemakaian tudung sebegitu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang janggal.Maybe... ,tapi its okay Thira tak pernah mengambil port pun dengan apa yang dikatakan. As long as im happy with my own style .Kan?
Tidak kisahlah bagaimana sekali pun gaya kita bertudung yang penting
KITA BERTUDUNG MENGIKUT SYARIAT. Kan? Hmm
Pernah juga ada orang yang bertanya adakah pemakaian sebegini adalah kerana aurat wanita atau hanyalah sekadar fesyen semata-mata?
Adakah dagu termasuk di dalam aurat wanita ?
Pendapat
(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka – maka dagu dikatakan bukan aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) – maka dagu dikatakan adlh aurat
Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.
Bagi saya pendapat ulama yg mengatakan dagu bukan aurat lebih rajih, lebih kuat berbanding pendapat yg satu lagi ( dagu adalah aurat).
Jika ditanya kpd saya, saya lebih menyokong pendapat Ulama yg mengatakan dagu adlh bukan aurat… Ini kerana sy telah merujuk kpd pandangan ulama yg pada sy, pendapatnya lebih kuat seperti al imam as syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.
Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka… Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai… seperti yg kata tadi, jika ditanya kpd saya, sy akn memilih pendapat “ dagu bukan aurat.
Sumber : http://haikalsr.blogspot.com/2011/08/dagu-aurat-atau-tidak_8057.html
Kesimpulanya bagi saya kita sudah maklum, aurat dalam solat adalah sama dengan aurat semasa luar solat. So time solat kita tutup dagu. Luar solat??? Haaa... Sebab tu kebanyakan orang berpurdah salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir.
Jadi kalau dah keliru sangat,bertudung tutup dagu pun comel juga.^^ Tak rugi apa-apa pun jika bertudung sebegitu . Betul tak?
Allahhua'lam