FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Tuesday, 7 August 2012

Katakan Tidak Pada "Animal Abuse And Cruelty" !


Jika kita lihat pada masa kini, penderaan ke atas haiwan semakin menjadi-jadi. Pelaku yang menyeksa atau membunuh haiwan tidak berhati perut hingga tergamak melakukan perkara yang kejam. Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan di dalam diri mereka. Mungkin bagi mereka, haiwan yang diseksa itu dianggap tidak mempunyai hati dan perasaan. Mereka juga hidupan di muka bumi ini yang ingin hidup seperti kita manusia. Ke mana hilangnya sifat keperikemanusiaan? Ke mana hilangnya sifat kasih sayang?

Satu cerita yang boleh dijadikan sebagai iktibar buat kita bersama.
Ibu kucing menjilat anak-anak itu, dengan harapan ia dapat memulihkan mereka. Menurut keluarga yang telah membela kucing itu, pada pukul 11 pagi, mereka terdengar jeritan kucing, mereka segera bergegas turun untuk menemui empat anak kucing ini dan terkejut melihat kesemua anak kucing itu telah mati dan diletakkan di hadapan kucing ibu.
Badan anak-anak kucing itu seakan penuh dengan bekas seperti lubang peluru, dengan darah di seluruh badan mereka. Salah satu dari anak kucing itu kelihatan lehernya diikat dengan tali yang panjang, dada yang dibelah dengan isi dalam perutnya terkeluar manakala kepala tiga ekor kucing yang lain telah dipijak. 
Ibu kucing memeriksa keadaan setiap anak-anaknya.
Jelas kelihatan di raut wajah ibunya benar-benar mengharapkan anak-anaknya masih bernyawa.
Kelihatan ibu kucing itu yang amat sedih atas kehilangan anak-anaknya itu.
Tanpa sebab yang kukuh dan dibenarkan dalam Islam, maka tidak patut kita membunuh binatang tersebut. Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan. Di dalam Islam, kita dilarang sama sekali membunuh dan menyeksa makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar.  Setiap perbuatan kita dalam menjaga kebajikan haiwan seperti menjaga mereka dengan baik insyaallah akan diberikan ganjaran pahala yang besar dari Allah S.W.T. Besarnya dosa yang diterima oleh orang yang sanggup membunuh haiwan tersebut sedangkan ia tidak berdaya sama sekali untuk mencederakan kita.
Pernah sahabat Rasulullah bertanya: “Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?
Jawab Rasulullah s.a.w: “Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala.” (Riwayat Muslim)
Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah.” (Riwayat al-Bukhaari)
Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim). sumber : mukmin
Penderaan atau kekejaman terhadap  haiwan tidak seharusnya berlaku diatas muka bumi yang semakin maju ini.Bukankah mereka juga merupakan makhluk tuhan yang seharusnya dibelai dan dikasihi.Pada pandangan saya tiada gunanya kita  berwajah cantik atau tampan sekali pun,jika kita  tidak mempunyai perasaan kasih sayang atau simpati terhadap haiwan.Biar kita miskin kerana rezeki itu ada dimana-mana sahaja  tetapi jangan miskin dengan nilai-nilai murni kerana inilah yang paling penting dan berharga berbanding harta dan wang ringgit.

Kenapa? Kenapa kita mendera haiwan.Apa salah mereka pada kita ,sedangkan mereka merupakan makhluk tuhan yang manja dan tidak mempunyai akal fikiran.

Kita mencurahkan air panas pada badan mereka.

Kita bakar mereka hidup - hidup.

Kita pijak mereka.

Kita jadikan mereka seperti alat permainan.

Kita  potong sirip mereka ketika mereka masih lagi bernyawa.

Kita potong tanduk mereka ketika mereka masih lagi hidup lalu dibiarkan mereka menanggu kesakitannya.

Kita seksa mereka.






Kenapa kita pentingkan diri sendiri !!! Pernahkah kita cuba meletakkan diri kita pada tempat mereka dan soalan saya "Sanggupkah kita meletakkan diri kita  pada tempat mereka jika ini caranya mereka dilayan di muka bumi ini ? "

Kita seksa dan bunuh mereka atas alasan untuk mendapat HIBURAN,KEUNTUNGAN dan KESENANGAN di kemudian hari.Benarkah itu yang akan kita dapat? Jawapannya adalah TIDAK, tetapi balasan dari Tuhan sebenarnya yang sedang menunggu kita.Sebagai peringatan sesama kita, janganlah kita menyeksa atau membunuh binatang dengan sesuka hati kita kerana mereka juga ingin hidup di muka bumi Allah S.W.T ini.Jangan lihat sahaja...laporkan atau lakukan sesuatu jika anda terlihat ada orang melakukan kekejaman keatas haiwan, tidak kiralah haiwan itu anjing mahupun kucing.Kerana mereka tiada hak melakukannya.



Katakan Tidak Pada "Animal Abuse And Cruelty" !






















2 comments:

  1. TERHARU SANGAT... MASIH ADER LAGI YANG PRIHATIN DENGAN MAKHLUK ALLAH .. SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMUDAHKAN URUSAN AKAK... HARAP KITA BOLEH BERSAHABAT KERANA ALLAH?? ADD KITER DALAM FB..
    ANNUR SABRINA...(LONELYCLEO_MTUQDEBEST@YAHOO.COM)
    -ATTN. KITER PON MINAT ANIME ^_^.. TP KENE STOP SEBAB TAON NEY SPM.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum annur sabrina,terima kasih dengn doa adik itu dan trima kasih juga kerana meluangkan masa untuk singgah ke blog akak.
      insyaallah ..akk akn cba cri dan add fb adek...
      gud luck for spm...akk doakan spaya adek berjaya di dunia dan di akhirat insyaallah

      dan sekali lagi salam ukhuwah...:)semoga kita akn dipertemukan dan bersahabat insyaallah..

      Delete

Manisnya Kurma ini