We're born alone, we
live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create
the illusion for the moment that we're not alone.
-Orson Welles
Assalamualaikum and hola my beloved readers, I know that it’s quite a
long time I didn’t update my blog , but now I’m back and just want to share
with you guys about my special moment ,
first time meeting my MR Beardy. Heee, even though sounds awkward to you guys but
don’t worry Thira tidak akan buat cerita jiwang dekat sini. Hahaha
So, Thira actually nak kongsikan moment itu dengan cara yang
berlainan sedikit dengan memberi tips melalui pengalaman Thira . So, Thira
harap its very useful for you guys lah ^^
Tips
1.Jangan lewat
Ini melalui pengalaman Thira sendiri , Thira sendiri
yang lewat sebenarnya.Thira memang bernasib baik agaknya sebab dia
seorang yang penyabar even dah tunggu lebih setengah jam.Hahaha.So,apa yang
anda perlu buat adalah jangan contohi Thira and always be prepared,nak baju apa
semua,pastikan sudah difikirkan terlebih dahulu. Then, kalau boleh
siaplah awal-awal supaya semuanya tidak
menjadi kelam kabut.^^
2.Be your self
Apa yang Thira cuba maksudkan disini adalah anda haruslah
berpenampilan seperti diri anda sendiri iaitu tidak perlu menjadi orang
lain.Ini kerana anda bakal nampak tidak selesa ketika keluar dengan pasangan
anda.Jika anda jenis yang berpenampilan feminine, berpenampilanlah seperti itu
kerana itu gaya anda dan jika anda jenis
yang more to boyish style , so why not if you guys nak berpenampilan sedemikian
kerana itu adalah diri anda.Tentu pasangan anda menerima sahaja diri anda
kerana sesetengah lelaki lebih suka wanita yang jujur dan berterus terang.Trust
me ^^ .But one more thing ! jika anda ke butik pakaian perempuan bersamanya dan
jika dia telah berkata seperti ini “Saya suka awak pakai macam ini “ sambil
menunjukkan pakaian tertentu kepada anda ,then what you should do is be alert !
Mungkin dia inginkan sesuatu perubahan dari anda.
Amaran bagi lelaki adalah jikalau anda ingin pasangan anda
mengubah penampilannya ,jangalah secara tergesa-gesa.ok? ^^ Kerana sudah tentu
pasangan anda tidak akan gemar sama sekali.
3.Jangan edit gambar secara keterlaluan
Perkara ini mungkin akan berlaku pada pasangan yang
berkenalan secara “Blind Date” .Ini membuatkan anda tidak mempunyai keyakinan
untuk berjumpa pasangan anda secara face to face terutamanya bagi kaum
wanita.Apabila ianya berlaku sudah tentu anda akan menjadi less confident about
yourself dan membuatkan pasangan anda mempunyai expectation yang ting terhadap anda. Jadi ia mungkin bakal menjadi masalah yang besar untuk anda.By the way, jangan risau jika benar lelaki itu sayangkan anda pasti
dia akan terima anda sebaiknya.Ingat kecantikan rupa paras itu tak kekal
berbanding kecantikan hati anda .^^
4.Jangan bermain dengan phone
Ini sebenarnya antara kesilapan yang agak besar tetapi tidak
diambil kira oleh pasangan sekarang.Hello ! siapa sahaja yang suka bila anda
bercakap dengannya tetapi dia hanya focus dengan phone.Ia menggambarkan bahawa anda lansung tidak berminat bercakap
dari hati ke hati dengannya.Tetapi lainlah kalau ada hal kecemasan ,so pasangan
kenalah pertimbangkan.ok?^^
5.Jangan jadi terlalu “Talk Active”
Ini adalah amaran pada kaum wanita hehehe.Ini kerana
sometimes lelaki tak suka wanita yang terlalu banyak bercakap. Thira tahu
bahawa kita perlu menjadi diri sendiri tetapi ada kalanya kita perlu kurangkan
sedikit attitude yang negative supaya hubungan itu lebih positif.^^
So, ini sahaja yang Thira boleh kongsikan ^^ harap ianya sangat membantu untuk anda ^^