FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Friday, 24 May 2013

Profile Kucing Saya !




Assalamualaikum dan Hye! readers!

Pada kali ini Thira nak memperkenalkan pula kucing-kucing Thira yang tembam-tembam ni.Maklumlah ,Thira ni bukan lagi di kategorikan penggemar kucing tetapi penggila kucing. Jadi Thira akan  perkenalkan dari yang  tua sekali hehehe.

1.
Nama : Juon Casella
Jantina : Jantan
Ibu Bapa : Brown Casella & Putih Casella
Asal : Rumah jiran sebelah
Hobi : Gigit kaki tuan
Kebolehan : Mengesot seperti hantu Juon

Sudah Meninggal.
Punca : Kanser Mata

2.

Nama : Milo Casella
Jantina : Betina
Ibu Bapa : Brown Casella & Putih Casella
Asal : Rumah jiran sebelah
Hobi : Keluar jalan-jalan sampai tak ingat nak balik  rumah
Kebolehan : Raut wajah yang masih comel seperti anak kucing walaupun sudah tua

3.

Nama : Oscar Perez
Jantina : Jantan
Ibu Bapa : Unknown
Asal : Pasar Gombak
Hobi : Tidur terkangkang
Kebolehan : Kucing yang pandai,kacak  dan sopan

Sudah Meninggal.
Punca : Batu karang

4. 


Nama : Stokin Stockhost
Jantina : Betina
Ibu Bapa : Unknown
Asal : Unknown
Hobi : Takutkan kucing lain
Kebolehan : Penyayang

Missing In Action

5.

Nama : Moggie Perez
Jantina : Jantan
Ibu Bapa : Oscar Perez & Milo Casella
Asal : Ruang Tamu
Hobi : Makan & tidur
Kebolehan : Buka penutup makanan sendiri

6.
Nama : Noren  Perez
Jantina : Betina
Ibu Bapa : Oscar Perez & Milo Casella
Asal : Ruang Tamu
Hobi : Jilat Tuan
Kebolehan : Pengesan bau kaki  busuk

7.

Nama : Labu Perez (muka penuh muslihat)
Jantina : Jantan
Ibu Bapa : Oscar Perez & Milo Casella
Asal : Ruang Tamu
Hobi : Kencing di singki
Kebolehan : Handal dalam bermain bola

Sudah Meninggal.
Punca : Batu karang

8. 
Nama : Oppie Stockhost
Jantina : Jantan
Ibu Bapa : Stokin Stockhost & Unknown
Asal : Bawah Almari
Hobi : Makan & Tidur
Kebolehan : Tidur menyerupai superman yang sedang terbang

9.

Nama : Chiko Stockhost a.k.a Speaker Bergerak
Jantina : Jantan
Ibu Bapa :Stokin Stockhost & Unknown
Asal : Bawah Almari
Hobi :Kencing di singki
Kebolehan :Main kejar-kejar

10.
Nama : Jojie Stockhost
Jantina : Betina
Ibu Bapa :Stokin Stockhost & Unknown
Asal : Bawah Almari
Hobi :Minta tuan punya makanan seperti roti,kuih ,kacang dan keropok.
Kebolehan : Menampar mana-mana sahaja kucing yang lalu dihadapannya.

11.
Nama : Jojo Stockhost
Jantina : Jantan
Ibu Bapa :Stokin Stockhost & Unknown
Asal : Bawah Almari
Hobi :Cium kaki tuan dan suka curi teddy bear tuan
Kebolehan : Mencari makanan

Dalam Kenangan dan Sentiasa Terpahat Di  Ingatan


                                             





Untuk Kamu  Si Periang

Dikala Ku Kesunyian, Dikaulah Peneman,
Dikala Ku Bersedih, Dikaulah Penyeri,
Kau dan Aku, Saling menyayangi, Saling Memerlukan,
Kau Memahami setiap Sudut PerasaanKu,
Cuma Yang Membezakan Kita 
Adalah Darjat Dan Akal,
Yang Pastinya Kau Makhluk 
Ciptaan Allah,


Dikala Ku Kesunyian, Dikaulah Peneman,
Dikala Ku Bersedih, Dikaulah Penyeri,
Memanggilmu Sayang, Kau Datang & Muncul,
Begitu Manja Mahu Dibelai & Disayangi,
Tanpa Rasa Jemu Bersamaku.


Pabila diMarah, Kau menundukkan kepala,
Menurut Apa yang Dilarang,
Membuatku Makin Bertambah Suka,
Dikaulah Penghibur Untuk Semua Orang Pasti Sayang.














Pernah sahabat Rasulullah bertanya: “Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?
Jawab Rasulullah s.a.w: “Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala.” (Riwayat Muslim)
Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah.” (Riwayat al-Bukhaari)
Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim). sumber : mukmi







Monday, 20 May 2013

SMK Convent Sentul Sentiasa Di Hatiku



Assalamuaalaikum dan HYE! readers!

Memandangkan kisah ketika  Thira di Uitm telah pun Thira  ceritakan,maka pada kali ini Thira ingin berkongsikan pula kenangan-kenangan ketika Thira di SMK Convent Sentul kerana disitulah permulaan kepada segala-galanya bagi diri Thira.

Walaupun di sekolah perempuan ,disitulah Thira mula membina keyakinan diri dan mengenali erti kehidupan.Banyak yang telah mengubah diri Thira dari negatif ke positif sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang pelajar disana.Alhamdulillah ,ini semua diatas berkat restu dari ma ,abah ,guru-guru dan juga rakan-rakan seperjuangan .

Kami sentiasa ketawa,menangis,bermain,makan,belajar bersama dan  berkawan rapat ,walaupun sahabat-sahabat kami terdiri dari pelbagai bangsa kerana kami tahu bahawa kami ANAK MALAYSIA .


Di sekolah jugalah ,Thira mengenal erti persahabatan yang tak ternilai harganya.Ya,merekalah sahabat yang sukar di cari ganti dengan yang lain.Dan inilah insan-insan yang sanggup menerima Thira sebagai kawan belajar,bermain,menangis dan bergosip bersama hahaha.





2007-2011 Dalam Kenangan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini



Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu.






















Dahulu kami pelajar tetapi kini kami pelawat ...

Sesi mengajar nasyid bersama Kapten Akid.





Akhir sekali ,walau apa jua sekali pun yang berlaku kenangan bersama mereka akan sentiasa terpahat di memori Thira buat selama-lamanya.Harap dapat bertemu mereka kembali .In syaa Allah ~


5 Cempaka 2011 Now Only In Memory


Kenangan berkawad yang saya ketuai buat kali terakhir.