- Garfu biasanya di kiri, pisau dan sudu di kanan.
- Sudu kopi atau teh juga akan diletakkan di sebelah kanan.
- Alat pencuci mulut terdapat di bahagian atas menghadap piring makan.
- Gelas minuman di kanan dan piring roti di kiri.
- Cawan kopi atau teh bersebelahan gelas minuman.Adakala cawan kopi atau teh dibawa apabila minuman panas dihidangkan.
Sikap beradab semasa menghadiri majlis formal mungkin dapat membantu anda dalam meluaskan rangkaian niaga. Berikut garis panduan yang mungkin boleh diamalkan:
Meletak tas tangan
Jika tas tangan besar, letak di lantai di bahagian kiri bersebelahan kerusi anda. Sekiranya tas sederhana besarnya atau tanpa tali pemegang, letak ia di belakang anda.Jika tas tangan terlalu kecil, letak di bawah napkin di atas paha anda.
Nak guna garfu yang mana?
Jika masih ragu sudu atau garfu mana yang harus digunakan dahulu, ingatlah, ia harus digunakan dari bahagian luar ke dalam.
Ketibaan makanan
Makanan sering dihidangkan dari kiri dan piring makan yang telah digunakan diambil dari sebelah kanan anda. Mula makan setelah semua tetamu dihidangkan juadah atau tuan rumah menjemput. Hidangan Barat yang formal selalu bermula dengan sup atau pembuka selera. Gunakan sudu sup yang terletak di sebelah kanan atau garfu salad yang terletak di kiri anda.
Hirup sup secara perlahan tanpa bunyi.Cara mengambil sup harus bermula berdekatan anda dan ke arah luar, iaitu daripada bahagian dalam ke luar. Jika sup terlalu panas usah meniupnya. Tunggu sebentar dan jamah roti dulu.Sehabis hidangan sup, letak sudu di tepi mangkuk sup yang dialas piring. Jika anda diberi pembuka selera, letak garfu di dalam mangkuk atau piringnya.
Jika ingin makan roti, patahkan atau ambil sebahagian kecil sahaja. Anda tidak sepatutnya memotong roti dengan pisau mentega atau pisau makan.Sekiranya tiada mentega di piring roti, ambil sedikit dari mangkuk mentega dan letak di piring. Usah sekali-kali mengambil mentega dan sapukan terus ke atas sekeping roti.
Anda perlu ingat roti hanya hidangan sampingan untuk mengalas perut sementara menunggu ketibaan hidangan utama.
- Apabila ayam atau daging tiba
Gunakan garfu di sebelah kiri dan pisau di sebelah kanan. Ini bagi mempermudahkan anda memotongnya. Jika anda lebih selesa mengunakan garfu di sebelah kanan anda boleh melakukannya setelah memotong daging tersebut.
Usah sekali-kali mengunyah makanan dengan mulut yang penuh kerana anda bakal tampak gelojoh dan kurang sopan. Ia juga menyukarkan untuk berbual.
- Kedudukan sudu garfu ketika berbual
Jika ingin berbual sambil makan, letak pisau dan garfu di atas piring dahulu. Jangan memegang pisau sambil berbual apatah lagi mengacunya ke arah orang tersebut.Letak sudu, garfu atau pisau di atas piring umpama memangkahnya dengan huruf X.Pisau di bawah dan garfu di atas atau garfu di bawah dan sudu diatas.Ini mengikut keselesaan anda dan terletaknya alat tersebut.Jika agak sukar, cukup sekadar meletakkan seperti huruf V terbalik di atas piring makan anda.
Bila anda sedang makan jangan meletak siku di atas meja. Jangan menundukkan muka ke piring makan tetapi makanan di angkatmulut dengan mengunakan sudu atau garpu dan bukan dengan mengunakan pisau.
Sudu, garfu dan pisau boleh diletak bersama di atas piring. Miringkan penghujung alat tersebut ke arah lima minitke pukul lima. Gigi garpu menghadap ke atas dan gigi pisaumenghadap garfu. Permukaan sudu menghadap ke atas.
- Kedudukan napkin setelah makan
Letak napkin atau kain pengesat mulut di atas meja di sebelahkanan sesudah makan. Jika perlu ke bilik air, letak ia di atas meja di sebelah kiri bukan di atas kerusi.
Anda tidak perlu membersihkan meja. Dapatkan bantuan pelayan untuk membersihkan tumpahan tersebut. Ia juga termasuk makanan atau napkin yang terjatuh ke lantai.
Jika ingin melunaskan bil sendirian, bincang terlebih dahulu dengan teman. Kalau dua pihak bersetuju saling berkongsi,beritahu pelayan sebelum anda membuat pilihan hidangan. Inibagi menjauhi perselisihan faham atau memalukan teman anda.
Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.
Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.
Kedudukan Sudu Dan Garfu Jika Anda Masih Mahu Menambah Makanan Atau Terpaksa Beredar Ke Tempat Lain Sebentar .
Kedudukan Sudu Dan Garfu Jika Anda Sudah Selesai Makan.
Info Yang Lain:
Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya. Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan.
MENGGUNAKAN PISAU, GARPU, SUDU DAN KADANG-KADANG, TANGAN!
Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihi-dangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.
Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja!
Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.
KENALI JENIS-JENIS MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN MENGGUNAKAN UTENSIL YANG SESUAI ATAU DENGAN TANGAN
1. Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.
2. Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.
3. Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.
4. Daging – gunakan garpu utama yang disediakan.
5. Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
6. Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.
7. Bacon – apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!
8. Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.
9. Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.
10. Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.
11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.
12. Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.
13. Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.