FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Monday 20 May 2013

SMK Convent Sentul Sentiasa Di Hatiku



Assalamuaalaikum dan HYE! readers!

Memandangkan kisah ketika  Thira di Uitm telah pun Thira  ceritakan,maka pada kali ini Thira ingin berkongsikan pula kenangan-kenangan ketika Thira di SMK Convent Sentul kerana disitulah permulaan kepada segala-galanya bagi diri Thira.

Walaupun di sekolah perempuan ,disitulah Thira mula membina keyakinan diri dan mengenali erti kehidupan.Banyak yang telah mengubah diri Thira dari negatif ke positif sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang pelajar disana.Alhamdulillah ,ini semua diatas berkat restu dari ma ,abah ,guru-guru dan juga rakan-rakan seperjuangan .

Kami sentiasa ketawa,menangis,bermain,makan,belajar bersama dan  berkawan rapat ,walaupun sahabat-sahabat kami terdiri dari pelbagai bangsa kerana kami tahu bahawa kami ANAK MALAYSIA .


Di sekolah jugalah ,Thira mengenal erti persahabatan yang tak ternilai harganya.Ya,merekalah sahabat yang sukar di cari ganti dengan yang lain.Dan inilah insan-insan yang sanggup menerima Thira sebagai kawan belajar,bermain,menangis dan bergosip bersama hahaha.





2007-2011 Dalam Kenangan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini



Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu.






















Dahulu kami pelajar tetapi kini kami pelawat ...

Sesi mengajar nasyid bersama Kapten Akid.





Akhir sekali ,walau apa jua sekali pun yang berlaku kenangan bersama mereka akan sentiasa terpahat di memori Thira buat selama-lamanya.Harap dapat bertemu mereka kembali .In syaa Allah ~


5 Cempaka 2011 Now Only In Memory


Kenangan berkawad yang saya ketuai buat kali terakhir.



0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini