FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Sunday 23 September 2012

Tiada Keyakinan Diri Untuk Bersolek ?Kerana Takut Kena Gelak.

Perkara ini sebenarnya sering berlaku pada diri seorang remaja wanita yang baru ingin mengenal dunia fesyen dan solekan.. Maka, dengan itu saya ingin berkongsikan beberapa tips mudah untuk simple make up kepada anda supaya dapat mengembalikan keyakinan diri anda dalam mentatariaskan wajah.


SOLEKAN

1.Bedak Asas Dan Concealer
 Saya mencadangkan supaya anda membeli bedak asas yang berbentuk cecair kerana ia lebih mudah untuk    diratakan keseluruh wajah  anda dan belilah bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit anda.Manakala,concealer pula bertindak untuk menutup sembab atau kesan hitam dibawah mata anda.Pastikan anda membeli bedak asas dan concealer yang mempunyai jenama demi keselamatan wajah anda.


2.Bedak Compact.
Bagi bedak compact pula ianya terpulang pada  kos anda  untuk memilih jenama yang anda minati sama ada murah ataupun yang mahal , tetapi apa yang perlu anda titik beratkan adalah warnanya perlulah bersesuaian dengan warna kulit anda.Pastikan anda membeli bedak compact  yang mempunyai jenama demi keselamatan wajah anda.

3.Pembayang Mata Atau Eyeshadow.
Warna bagi pembayang mata yang bersesuaian bagi anda  yang baru ingin mencuba bersolek adalah warna coklat atau emas.Tetapi pastikan palette eyeshadow anda mempunyai warna putih dan warna-warna yang lain kerana warna putih bertindak untuk mencantikkan bawah kening anda.



4.Pemerah Pipi.
Bagi pemerah pipi ,anda perlulah memilih warna yang tidak keterlaluan supaya tidak begitu menonjolkan wajah anda seperti warna peach pink.Pemakaian pemerah pipi adalah tidak perlu berlebihan.
5.Celak
Bagi penggunaan celak saya mengesyorkan supaya anda memiliki dua jenis warna iaitu hitam dan putih.

  • Hitam - untuk menampakkan penegasan dimata anda
  • Putih - digunakan di bawah mata supaya mata kelihatan segar.


6.Lip Ice
Saya cadangkan supaya anda membeli mentholatum water colour  lip ice kerana ia akan membuatkan bibir anda kelihatan segar sentiasa.


Hehehe lagu ini sebenarnya hanya sekadar hiasan.



Tetapi  yang ini anda perlu lihat !


0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini