FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Thursday 5 July 2012

Luahan Dalam Persahabatan





alangkah baik nya jika kdua-dua belah pihak prsahabatan itu mengetahuinya.beranikan lah diri kamu untuk menceritakan isi hati kamu padanya..kerana selagi kamu pendam dan mendiamkan diri..si dia akan terus dan sentiasa tertanya-tanya.


sedangkan si dia juga sentiasa mengharapkan perkara yang sama dari kamu...


Persahabatan sama seperti cinta,tetapi sebenarnya ia lebih kuat dari cinta.Persahabatan juga sebenarnya melibatkan hati ,kasih sayang ,ambil berat dan juga kesefahaman antara satu sama lain


Persahabatan lebih indah tetapi ia sebenarnya paling mudah dilupakan berbanding percintaan.


sahabat selalunya memang akan diketepikan kerana mereka tidak mengetahui apa itu sahabat sebenarnya.


 kawan ,kamu boleh cari dimana -mana tetapi percayalah pada suatu hari nnti mreka akan meninggalkan kita...


dan pada saat itu kita akan mencari sahabat kerana kita tahu bahawa kita sentiasa berada di hati sahabat kita itu buat selama-lamanya


 spatutnya prkara sbegini kita tidak perlu study tetapi kita perlu mengingatinya kembali...


Tidak perlu berterima kasih pada diri ku..tetapi kamu patut berterima kasih kepada Allah kerana memberi pengalaman persahabatan.


persahabatan memang mempunyai maksud yang amat mendalam jika kita ingin memahaminya


Kami belajar dengan Tok Guru Sabar smbil mndaki Gunung Harapan. Kami berehat di Gua berusaha dan meneruskan prancangan utk ke puncak Kejayaan....


Tapi kami tidak pernah mengenali erti penat dan kami juga tidak mahu tahu langsung ertinya


dgn berbekalkan ketulusan dan menghindar putus asa, kami mula membuka jalan untuk ke puncak trsebut dgn andaian ada lebih ramai lagi yg akan melalui jalan yg sama yg tlah kami buka.


dan kami akan sentiasa dan setia menanti orang yang pertama yang akan kami jumpa dan menyapa kami.


Sesungguhnya org itu akan kami turunkan ilmu dgn penuh kasih syang utk mncapai kberkatan dlm hidup


dan kami juga akan membawanya sekali untuk mendaki Gunung Harapan bersama-sama tanpa sebarang senjata di tangan kami walaupun ia adalah sepucuk jarum...jika dia jatuh kami akan pikul,jika dia putus asa kami kuatkan hatinya ,jika dia dahaga kami carikan air,jika dia cedera kami akan segera pulihkan supaya dia akan terus bersama kami kerana itu yang kami harapkan selama ini.


 sgala yg kami beri tak akan kami tuntut bayarannya...Keihlasan akan sentiasa mnjadi keutamaan...melihat hari esok yang indah, ia lebih baik jika kami tidak keseorangan. bersama-sama merasai kebahagian...bersama-sama berkongsi kesedihan...yg patah boleh diganti...yg hilang sama-sama dicari....biarlah air mata yg mengalir di pelupuk mata itu mnjadi satu tnda kejayaan.... manisnya dpt dirasai slamanya


Jika kami berjaya sampai ke puncak,kami akan kongsikan piala itu bersama kerana tanpa yang lain belum tentu kita sampai ke puncak dan setiap peluh yang telah membasahi kami itu merupakan pengorbanan kami dan kalau boleh kami tidak mahu dia melihat peluh kami kerana kami tidak mahu dia risau tentang kepenatan kami yang sedang memikulnya untuk mendaki bersama kerana itu adalah nikmat yang kami ingin sangat merasainya.



Nak smpai ke puncak bukanlah senang....kami perlu mnghadapi nafsu, hasad dengki, dan sgala musuh yg trgolong di dalam kalangan negatif. Kami menggunakan perisai positif utk tepis sgalanya, namun perjalanan nya panjang dan mngambil masa...di dalam tempoh itulah kami jumpa dgn pelbagai jenis sifat, ada yg baik dan ada yang buruk...


Tetapi kami tetap berdegil untuk melawan hakikat kerana kami masih lagi mahu mencari kebaikannya sehingga kami menemuinya.
Ubat-ubatan seperti doa dan zikir sntiasa diperlukan. Petunjuk daripada Allah kami cuba ikuti. Walaupun kami ini hamba yg hina, yg sntiasa leka bermain dgn askar Syaitan durjana. Kami cuma berharap akan ada insan yg mempunyai hati serta akal yg dapat memahami lalu sudi mengikuti kami dalam hasrat mengejar pelangi keindahan sehingga ke puncak Kejayaan.....






Tapi sayang, kami masih tidak tahu apa yang bermain di fikirannya selepas apa yang dilalui bersama.Dan adakah si dia itu adalah hanya bayangan atau angan-angan kami yang mengiringi kami untuk mendaki Gunung Harapan itu?


Kesimpulannya = "we will meet again someday, with different identities" itulah persahabatan zaman sekarang.

2 comments:

  1. different identities?? noo.. i'll be the same ever ...
    and mana bayaran sbb pkai gambar aq ni? hurmm..

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini