FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Thursday, 5 July 2012

Jenis Kerosakan Kuku


1-Pale nail/ kuku yang pucat
Keadaan ini adalah normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, kadang kala kuku yang pucat juga merupakan simptom kepada penyakit berikut:
-anemia
-congestive heart failure
-diabetes
-kegagalan hati
-kekurangan zat makanan




2-White nail/ kuku berwarna putih
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku lebih gelap menandakan masalah hati seperti hepatitis. Dalam gambar ini jari menjadi 'jaundiced' atau kekuningan disebabkan masalah hati.



3- Yellow nails/ kuku kekuningan
antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan di mana jangkitan sudah menjadi teruk, lapisan kuku mungkin tertarik (retracted), kuku semakin menebal, pecah serta hancur.
Dalam kes terpencil pula, kuku menjadi kuning merupakan tanda kepada keadaan keadaan serius seperti penyakit berkaitan thyroid yang teruk atau psoriasis (penyakit autoimmune pada kulit dan joint)



4- Bluish nails/ kuku kebiru-biruan
Keadaan kuku yang kebiru- biruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Keadaan ini boleh berlaku oleh pelbagai sebab seperti jangkitan paru- paru atau pneumonia. Sebab tubuh  tidak mendapat oksigen yang cukup adalah terlalu luas dan untuk memastikannya hendak lah berjumpa doktor.



5-Rippled Nails/ kuku berkedut atau seakan- akan berombak
Keadaan ini merupakan tanda- tanda awal psoriasis(penyakit autoimmune pada kulit dan joint) atau inflammatory arthritis. 


6-Cracked or Split Nails/kuku retak atau merekah
Keadaan ini dikaitkan dengan masalah thyroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.



7-Puffy nail fold/ bengkak pada lipatan atau kawasan sekeliling kuku
Kulit sekeliling kuku kelihatan merah dan bengkak dikenali sebagai inflamasi atau keradangan 'nail fold'. Keadaan ini berlaku disebabkan penyakit lupus atau masalah pada connective tissue yang lain.



8-Dark Lines Beneath the Nail/ garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma; sejenis kanser kulit yang berbahaya



9-gnawed nail/  kesan kerkahan atau gigitan pada kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan tabiat biasa seseorang namun dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk kepada persistent anxiety atau gelabah/kebimbangan yang berterusan.  Tabiat menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan Obsessive compulsive disorder; sejenis abnormaliti pada minda yang berkaitan dengan rasa gementar dan gelabah yang mendorong kepada melakukan suatu tabiat (seperti menggigit kuku) bagi mengurangkan rasa gelabah tersebut. Sekiranya pesakit tidak boleh berhenti dari tabiat ini, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan.


 Keadaan kuku merupakan cuma sebahagian dari petanda keadaan kesihatan kita. Walaupun perubahan pada keadaan normal kuku boleh menjadi simtom atau petunjuk kepada pelbagai penyakit , namun ia jarang hadir sebagai first sign atau tanda awal. Kebanyakan ketidaknormalan kuku juga boleh jadi tidak berbahaya; tidak semestinya orang yang kukunya berwarna putih mengidap hepatitis . Namun, langkah berjaga- jaga perlu diambil. Sekiranya anda mendapati kuku anda bermasalah, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.


Sumber = http://halaqah.net

Barakallahu- fikum sahabat semua!!!

1 comment:

  1. If you're trying to buy bitcoins online, PAXFUL is the ultimate source for bitcoins as it allows buying bitcoins by 100's of different payment methods, such as MoneyGram, Western Union, PayPal, Visa, MasterCard, American Express and even exchanging your gift cards for bitcoins.

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini