FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Sunday 24 June 2012

Cara Untuk Menjadikan Kulit Bersih,Lembut Dan Cerah

Kulit bersih,lembut dan cerah sememangnya menjadi idaman setiap wanita di dunia ini .Pelbagai cara boleh kita lakukan seperti rawatan lazer , suntikan vitamin C dan sebagainya.Maklumlah ,zaman kita kan sudah menjadi  bertambah  moden jadi,produk seperti ini semestinya mendapat sambutan yang hangat daripada kaum hawa yang ingin kelihatan cantik, kerana kebanyakan produk sebegini amat mudah didapati dan lebih komersial tetapi ingat !!! rawatan ini memang memerlukan modal yang besar.Tetapi masih ada ker cara untuk menjadikan kulit bersih,lembut dan putih dengan menggunakan modal yang kecil? Sudah tentulah ada.


Cara Untuk Menjadikan Kulit Bersih,Lembut Dan Cerah:

1.Anda boleh menggunakan produk BUNGA TANJUNG ini sebagai lulur di muka atau di badan.Tetapi anda perlulah kerap memakainya supaya lebih mujarap kesanya.Memanglah bau produk ini  tidak berapa menyenangkan tetapi selepas anda membersihkan wajah anda daripada lulur ini ,pastikan anda bersihkan wajah anda sekali lagi dengan menggunakan pencuci muka.Harganya RM 3.00 sekotak yang mempunyai dua paket.


Atau

2.Selain itu,anda juga  boleh menggunakan produk BUNGA RAMBAI  ini sebagai lulur di muka atau di badan.Langkah pemakaiannya juga lebih kurang sama  dengan produk BUNGA TANJUNG itu tadi.Kelebihan produk ini pula adalah baunya tidak lah sekuat bau produk BUNGA TANJUNG .Tetapi,sebenarnya saya memakai kedua-dua produk itu sekali sebab inginkan keberkesanan yang lebih.hehehe.Tak caye cer cuba!Harganya bawah dari RM 5.00 tak silap saya untuk dua atau tiga paket .


Atau 

3.Jika anda tidak percayakan produk luar kerana takutkan kesan sampingannya,cara ini adalah amat sesuai untuk anda dan ia juga amat berkesan mujarapnya,iaitu dengan membuat lulur sendiri menggunakan beras anda dirumah.

Cara-cara:
  • Ambil segenggam beras atau terpulang pada anda tentang kuantitinya.
  • Rendam beras anda  sebentar tetapi lebih elok semalaman.
  • Tapiskan beras anda.
  • Gorengkan beras anda tanpa minyak sehingga kekuningan.
  • Sejukkan beras yang telah di goreng.
  • Kisar beras tersebut sehingga halus.
  • Tapiskan beras yang telah dikisar untuk mendapatkan beras yang halus.
  • Cara pemakaiannya adalah sama seperti cara pemakaian lulur yang lain.
  • Lebihan lulur beras tersebut hendaklah disimpan ditempat yang kering supaya tidak mengundang bakteria.


Atau

4.Bedak sejuk juga boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.Tak caye cer cuba!
Lagipun bedak sejuk ini  adalah rahsia kecantikan peninggalan nenek moyang kita sendiri dan ia juga tidak memerlukan kos yang besar untuk membelinya.Murah jer.


Atau

5.Jika anda tidak mahu mengeluarkan sebarang modal untuk kecantikan wajah ,anda juga boleh menggunakan cara ini bagi  mendapatkan  kulit yang cerah ,bersih dan lembut.Daripada kita membazirkan air beras itu ,lebih baik jika  kita gunakan ia untuk membasuhkan wajah kita supaya kelihatan lebih cerah dan lembut.




Selamat mencuba sahabat-sahabat semua .Barakallahu fikum.






1 comment:

  1. terima kasih ..
    infonya membantu untuk menyelsaikan tugas kami..
    oya kalau untuk info tempat jual kaos kaki murah yang berkualitas dimana ya..

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini