FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Tuesday 12 June 2012

Cara-cara Mengatasi Stress

Masalah  dan dugaan akan sentiasa menghantui kehidupan seseorang tanpa mengira usia ,kerana itu merupakan lumrah kehidupan manusia yang akan sentiasa didatangi cabaran.Tetapi, kemurungan dan bunuh diri bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik.Jadi terdapat beberapa langkah yang dapat saya kongsikan kepada anda kerana ia mungkin dapat membantu diri anda untuk mengatasi stress dan ianya ikhlas dari saya.

Cara-cara mengatasi stress:

1.Tenangkan diri / Meditasi
Apabila anda sedang menghadapi masalah,adalah lebih baik jika anda mencari tempat yang tenang atau tempat yang anda selesa untuk menenangkan diri buat seketika dengan menarik nafas dan menenangkan fikiran.

2.Mandi.
Jika anda membasahi tubuh anda dari kepala hinggga ke ibu jari kaki dengan air sejuk,Insyaallah ia dapat mengurangkan tekanan anda.

3.Luahkan masalah anda pada rakan yang anda percayai.
Cara ini sedikit-sebanyak dapat mengurangkan stress anda dan cara ini memang  berkesan.

4.Memperbaiki hubungan anda dengan Tuhan.( Solat,Doa dan Muhasabah diri )
Setiap rezeki yang datang dan setiap dugaan yang timbul datang dari Nya.Setiap soalan dan jawapan juga datang dari Nya.Kesimpulannya,hanya Allah  yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita takala kita buntu mencari jalan penyelesaian kerana Allah sentiasa berada di samping kita dan mendengar setiap masalah dan keluhan hambanya.

5.Zikir.
Zikirlah sehingga hati kamu tenang kerana dengan mengingati Allah ,hati kamu akan menjadi tenang dan lapang.

6.Tidur.
Tidur sebenarnya dapat membantu anda untuk melupakan masalah yang anda hadapi dan ia juga dapat merehatkan tubuh anda setelah penat bekerja.

7.Menjerit.
Cara ini dapat digunakan sebagai terapi mengurangkan stress.

8.Ketawa.
Dengan ketawa ia dapat mengurangkan tekanan anda dan mengembalikan mood anda seperti biasa.

9.Makan.
Cara ini sememangnya amat mujarab.Tapi janganlah ambil makan yang mempunyai kandungan kolestrol yang terlalu tinggi.Nanti tambah pula satu lagi masalah iaitu masalah kegemukan.

10.Mendengar muzik atau menyanyi.
Langkah ini juga dapat membantu anda terutamanya jika anda memilih untuk berkareoke bagi mengatasi stress anda.


Insyaallah,dengan langkah sebegini ia dapat mengurangkan tekanan anda.Selamat mencuba!


















0 12 Kurma manis:

Post a Comment

Manisnya Kurma ini