FACEBOOKTITLETITLETITLEFOLLOW

Friday 15 June 2012

Bahana Di Laman Sosial.

Sesungguhnya tidak dapat saya  menafikan bahawa Facebook merupakan antara  laman sosial yang amat diminati dan terkenal pada masa kini kerana mempunyai kemudahan yang pelbagai.Tetapi tahukah anda? Di sebalik kita sedang sibuk menambah kenalan di Facebook, penjenayah alam maya seperti "Hacker" dan "Stalker"  berkemungkinan besar telah pun menjadi salah seorang daripada  kenalan anda di Facebook tanpa anda sedari.Ingat sahabat - sahabat semua, banyak kesannya jika kita tidak berhati-hati menggunakan  laman sosial sebegini.

Paparan dibawah ini adalah antara kes pembunuhan yang telah berlaku di sebabkan  laman sosial.


** Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online ** PENTING...!!!!

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

sumber: Khairul Amree




Sebenarnya rakan-rakan semua,tidak salah jika kita  mahu menjadi pengguna tegar laman sosial tetapi janganlah sampai kita memberitahu segala maklumat peribadi kita kepada umum terutamanya mendedahkan gambar-gambar kita,kerana bukan sahaja kita boleh mengundang penjenayah mengenali diri kita lebih dekat, malah dosa kita  juga akan sentiasa memenuhi buku amalan Malaikat Atiq.Saya cadangkan supaya kita "private" kan sahaja segala maklumat pribadi dan gambar-gambar kita ,jika kita tidak mahu "delete".

Nabi s.a.w memberi ingatan :

Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Rasulullah bersabda :
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah."
[Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syeikh (Al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh Al-Zahabi.]

Ingat !!! fikirlah terlebih dahulu sebelum kita meletakkan maklumat-maklumat peribadi  dan gambar-gambar  kita ke dalam akaun laman sosial kita .

Bukankah lebih elok jika kita simpan semua kurnian Allah kepada kita dan biarkanlah pasangan kita yang halal iaitu suami kita sahaja yang melihat segala  pemberian Allah itu .Dapat pahala tu, wahai rakan-rakan muslimah semua.




Harap video dibawah ini dapat memberi tauladan kepada kita semua,wahai kaum muslimah.Insyaallah.Barakallahu-fikum sahabat semua.

1 comment:

  1. If you'd like an alternative to casually approaching girls and trying to figure out the right thing to do...

    If you'd rather have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded bars and night clubs...

    Then I encourage you to view this short video to unveil a amazing secret that might get you your own harem of hot women:

    FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM...

    ReplyDelete

Manisnya Kurma ini